Tuesday, 7 December 2010

3 ANAK BERHENTI SEKOLAH AKIBAT KEMISKINAN?





DAIF….James Miki bergambar bersama-sama Ibu tunggal dan anak-anaknya di hadapan pondok mereka yang serba daif.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEORANG ibu tunggal, Maddelina Dirinsat, 37, yang mempunyai enam orang anak kini terpaksa mengharungi pelbagai rintangan hidup dalam menempuh kesukaran hidup seharian untuk menyara anak-anaknya disebabkan kematian suaminya sejak 2004 lagi.

Mereka tinggal dan menumpang di sebuah pondok (sulap) kepunyaan jiran sebelah yang mempunyai ruang bilik tidak ubah seperti reban ayam dan benar-benar menyayat hati sesiapa yang melihatnya.

RIANG.....Meddelina bergambar dengan anak-anaknya di ruang yang sempit itu

Wartawan Sabahkini Net yang secara kebetulan berada di Pekan Telupid pada setiap hujung minggu telah dipelawa oleh Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki, bersama-sama Ketua Kampung Taviu dan Pengerusi JKKK Kampung telah menziarahi keluarga tersebut dengan tujuan untuk mendedahkan perkara ini kepada pihak berwajib supaya nasib keluarga ibu tungal ini mendapat perhatian dan terbela.

“Tiga orang anak saya terpaksa berhenti sekolah kerana saya tidak mampu menyara mereka sejak kematian suami saya. Hanya tiga orang yang masih bersekolah dan mungkin terpaksa berhenti juga kerana saya tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap,” ujar Meddelina yang terkejut dengan kunjungan rombongan James.

SYURGA…Di ruang sesempit inilah ‘Syurga’ anak-anak dan ibu tunggal ini mengharungi hidup seharian.

Dalam pada itu, James Miki yang diminta mengulas mengenai perkara ini antara lain menjelaskan, sepatutnya mereka ini sudah lama mendapat bantuan daripada pihak kerajaan khususnya kementerian-kementerian yang berkenaan

“Saya juga amat simpati terhadap keadaan mereka yang menguris hati ini. Kalau wakil-wakil rakyat yang ada pada hari ini tidak memperdulikan atau mengabaikan masalah ibu tunggal dan anak-anaknya, biarlah saya akan memberi sedikit bantuan mengikut atas kemampuan saya ini demi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka,” tegas James yang kesal kerana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am gagal mengesan keluarga malang ini.

No comments:

Post a Comment