Saudara Pengarang,
SETELAH berada selama 14 hari di Peranchis dan Jerman, saya ada isu yang hendak dikongsi bersama, berkaitan kenaikan harga minyak. Semakin hari harga minyak semakin naik. Sumber alternatif yang sesuai untuk negara kita adalah; Gas Hidrogen yang dihasilkan melalui proses elektrolisis air (H2O) dengan membahagi molekul air kepada hidrogen dan oksigen.
Saya mencadangkan Petronas perlu menghasilkan Loji Hidrogen dan proton perlu menghasilkan kereta menggunakan gas hidrogen sebagai bahan bakar ini kerana negara kita kaya dengan sumber air sehingga melimpah ruah (banjir) di Kedah baru-baru ini.
Teknologi engin ini telah dilakukan oleh Honda di Jepun dan Volkswagen di Jerman. Alangkah berfaedahnya wang subsidi dan peruntukan untuk membina menara 100 tingkat sepatutnya digunakan sebagai dana untuk membangunkan prasarana ini.
Salam Hormat,
RICK JOSEPH
No comments:
Post a Comment