Oleh: KREW SABAHKINI.NET
MESYUARAT Jawatankuasa penuh bulanan Cabang PKR Tenom telah diadakan kelmarin dengan di Pengerusi oleh Ketua Cabang, Halik Zaman; turut membincangkan mengenai kenaikan harga minyak petrol, diesel, gas, gula dan semua harga keperluan hidup rakyat.
Mesyuarat mengutuk kenaikan harga barang yang melambung begitu tinggi sehingga hidup orang kampung di seluruh Daerah Tenom, Pekan Melalap, Kemabong dan Ulu Tomani sangat tertekan dan paling menyedihkan isu ini tidak diambil perhatian oleh Kerajaan UMNO/BN.
Mesyuarat juga dengan sebulat suara mengutuk tindakan Kerajaan UMNO/BN yang langsung tidak mengendahkan kebajikan rakyat miskin di Tenom dengan tidak bertimbang rasa kerana semua keperluan sara hidup orang kampung dinaikkan secara automatik apabila harga minyak petrol dinaikkan.
Dalam satu sidang media di pejabat PKR, Halik berkata, "Mana sudah perginya janji- janji pilihanraya UMNO/BN dulu, kononnya apabila parti mereka memerintah para pemimpin UMNO/BN akan menangani masalah kenaikan minyak petrol dan kenaikan sara hidup rakyat Tenom? Apakah ini satu helah UMNO/BN untuk memancing undi dari orang kampung?" tanya Halik.
Kata Halik, "Satu surat pekelilingan pemberitahuan pasal kenaikan harga petrol dan sara hidup rakyat akan dibahagi-bahagikan pada setiap rumah agar orang kampung faham tindakan yang tidak bertanggung jawab, yang dianggap menyangak orang miskin di kampung."
Halik mendedahkan mengenai beberapa orang penerima bantuan Ibu tunggal mengadu sudah berbulan-bulan tidak mendapat bantuan RM300 yang dijanjikan sepatutnya diterima setiap bulan.
“Ada yang sudah setahun, ada yang hanya menerima bayaran untuk sebulan; sedangkan sudah berbulan-bulan bantuan ini tidak dimasukkan ke dalam akaun mereka. Persoalannya, ke mana duit bantuan itu menghilang?” tanya Ketua Cabang PKR itu dengan perasaan marah.
Menjawab satu pertanyaan Halik Zaman berkata, "Taraf jalan ke kampung-kampung di pedalaman lebih buruk daripada jalan raya di zaman British dan ada kampung yang masih terlepas padang oleh Kerajaan UMNO/BN".
Halik mengulas mengenai pembahagian rumah PPRT kepada orang miskin yang tidak telus kerana seorang Timbalan Ketua Wanita UMNO di Kemabong yang mempunyai keretapun mendapat rumah PPRT dan orang yang sepatutnya dapat, diabaikan.
"Hairan bagaimana mereka menyelaraskan tender jambatan Sungai Pagalon Tenom yang berjumlah RM30 juta. Khabarnya kontrak tersebut diberikan kepada Ketua Wanita UMNO Tenom; kemudian diberi sub kontrak kepada orang lain, apa ini? Tender cara apa ini? Kenapa tidak diadakan tender secara terbuka?" tanya Halik lagi.
Ketua Cabang PKR Tenom itu juga sempat turun padang ke kampung Tomani untuk mendaftar ahli-ahli baru dari parti lawan bersama semua AJKnya agar tidak seperti AJK UMNO yang hanya memanaskan kerusi mesyuarat tanpa mempedulikan masalah rakyat.
Sambutan yang hebat kepada PKR di Tenom, mereka mengatakan selama ini mereka tidak faham tentang tujuan dan hala tuju Parti PKR, kini mereka rata-rata mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Cabang Tenom kerana mereka sudi melawat mereka walaupun di pedalaman Tenom.
No comments:
Post a Comment