Oleh: SHAIMON S JUMADI
MEMANG wajar Anwar Ibrahim disingkir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tokoh politik ini tidak sesuai, termasuk juga Datuk Halik Zaman kerana sudah tua dan daya pemikirannya tidak sama dengan para pemimpin muda serta mudah melatah dan mengeluarkan kata-kata kesat dan sumbang; bak kata orang tua-tua, rumah kata pergi, kubur kata mari.
“Bagilah peluang kepada orang muda demi kebaikan PKR sendiri, macam Halik Zaman ini, apa pengaruhnya. Cakap besar tetapi tak serupa bikin. Siapa tidak kenal Halik Zaman? Orang macam inipun diambil jadi ahli PKR? Apa yang dia boleh pimpin kalau memaki hamun sahaja dia tahu,” jelas Pengerusi JKKK Kampung Air, Sandakan, Jaafar Mustapha.
Menurut Jaafar, beliau bukan mahu ganggu atau kacau rumah orang, tetapi ini kenyataan yang tidak dapat ditolak kerana memang 90 peratus ahli PKR di Sabah terdiri daripada mantan ahli UMNO yang telah kecewa dan menyertai PKR untuk cari makan dan tuah di parti baru.
“Saya yakin kalau ahli-ahli PKR, khususnya di Sabah budak-budak baru keluaran daripada universiti dalam pelbagai jurusan, memang ada ketokohan pada arena politik sudah tentu ramai rakyat Sabah menyertai PKR. Sewajarnya Halik tumpukan kepada ibadat dan beramal makruf nahi mungkar,” ujar Jaafar yang mengingatkan Halik agar mengingat dosa lampau.
Pada pendapat Jaafar, penyibuk atau Tukang Karut seperti Anwar Ibrahim wajar di singkir dan dihalau saja daripada PKR. Kenapa mahu ungkit-ungkit nama UMNO? Sebenarnya para pemimpin UMNO tidak gentar dengan Anwar (Banduan) kerana kalau Anwar hebat kenapa PKR jadi kucar kacir?.
“Secara ikhlas, saya berpendapat hanya ada dua parti pembangkang sahaja di negara ini iaitu PAS dan DAP. Saya salut mereka kerana walaupun ‘dipijak-pijak’ atau ‘didera’ oleh para pemimpin BN dan ditawarkan ganjaran yang lumayan untuk menyertai parti UMNO ataupun BN, mereka tetap tidak berganjak seincipun,” ujar Jaafar lagi yang menyifatkan ramai pemimpin PKR adalah pengkhianat.
No comments:
Post a Comment