Oleh:NASPAZI
SESUNGGUHNYA rentak serangan dalam ‘Operasi Pemusnahan Watak’ oleh para gerombolan Panglima Fitnah Dubur Keris Bersilang terhadap PKR kini nampaknya bukan sahaja begitu meloyakan, bahkan dari segala penjuru semakin ganas dan menyeluruh.
Betapa target atau sasaran rentak serangan dalam ‘operasi pemusnahan watak’ oleh Melayu UMNO dan penjilat-penjilatnya terang dan nyata ditujukan khas dan padu kepada titik pengaruh PKR.
Mengapakah rentak serangan dalam ‘operasi pemusnahan watak’ oleh para gerombolan panglima fitnah dubur keris bersilang itu mesti ditujukan khas kepada titik pengaruh PKR?
Jawapan mudah yang saya percaya dan tentunya Melayu UMNO dan para pencacainya lebih percaya bahawa, seandainya titik pengaruh PKR itu dapat dihancurkan atau dimusnahkan, nescaya PKR dengan sendirinya mudah ditumbangkan, laksana kiranya bangunan seratus tingkat tanpa tiang serinya, di samping turut bersama tumbangnya kerajaan negeri pimpinan PR (Pakatan Rakyat) kini gamaknya. Siapakah tiang seri itu?
Seantero dunia sedia maklum bahawa, dalam Pilihanraya Umum Ke 11 2004, betapa bukan sahaja menyerlahkan kekalahan teruk BA (Barisan Alternatif), tetapi juga memperlihatkan kemenangan bergaya BN (Barisan Nasional) dengan memenangi 198 kerusi parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 20 kerusi BA (Barisan Alternatif).
Bahkan, satu kerusi parlimen KeADILan yang dimenangi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah itu pun hanya setelah lima kali undi dikira, dengan beberapa tong undi terbang melayang lantaran ditendang oleh bekas seorang imam besar tanpa serban lagi yang hanya kalah dengan majoriti 590 undi gamaknya.
Dengan ungkapan lain, BA (Barisan Alternatif) di kala itu sungguh-sungguh nazak dan lumpuh, lantaran dilanda tsunami kekalahan yang seakan tiada harapan lagi untuk bangun semula bersaing di persada politik Malaysia untuk kali yang berikut-berikutnya.
Namun begitu, kearifan kini mengimbau memori detik pembebasan Anwar Ibrahim pada 2 September 2004 setelah Mahkamah Persekutuan yang telah menimbang rayuannya, lantas membatalkan sabitan dan hukuman yang berhubung dengan kes (Liwat I-1998) yang ditimpakan atau dipaksakan ke atas beliau dengan begitu kejam atau jijik oleh para gerombolan panglima fitnah dubur keris bersilang di era pimpinan regim Mahathir.
Demikianlah aura pancaran minda baka Si Kitol dan Raja Mamak Mendeliar Kutty mentafsir perlakuan jenayah gamaknya, yang mana, jika perlakuan sesuatu jenayah membabitkan barua dan pencacai Melayu UMNO, pasti seribu satu alasan diberikan untuk menafikan kewajarannya. Namun, jika perlakuan jenayah yang serupa yang melibatkan orang yang bukan penjilat Melayu UMNO, nescaya seribu satu alasan untuk mengesahkan kewajarannya.
Adapun, subjek atau perkara yang saya maksudkan, mengingatkan kita atau pembaca kepada beberapa ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Perak, yang pada suatu ketika Melayu UMNO dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) begitu beria-ia hendak mengambil tindakan ke atas mereka lantaran dikaitkan dengan dakwaan ‘Rasuah Seks’ kononnya.
Namun begitu, setelah mereka berpihak kepada Melayu UMNO hingga kini, kisah dan riwayat tersebut menjadi sunyi dan sepi seribu bahasa dan tidak berbangkit lagi soal kewajaran atau ketidakwajaran moralnya.
Dengan ungkapan lain, tidak sebagaimana kenyataan liwat dan lancap oleh Mahathir dan Najib Razak yang diulang berjuta-juta kali oleh para pencacai dan barua Melayu UMNO atau penjilat-penjilat kahak hijau mahathir dan Najib Razak, untuk mewajarkan fitnah busuk tidak berbangkai mereka ke atas Anwar Ibrahim dalam kes konspirasi ‘Liwat I dan Liwat II’ sebagaimana berikut:
Mahathir: Di Khalayak Dunia
Tarikh: September 2, 1998
Wartawan: Donna Elliot
Media: Newsweek
“Saya pada mulanya tidak percaya pertuduhan ‘Liwat’ tetapi saya yakin apabila saya menemuduga teman Anwar. Mereka tidak hanya melakukan liwat, tetapi dalam proses itu, dia di…… saya tidak tahu bagaimana anda menyebutnya. Beliau telah ‘Melancapkan’ lelaki ini. Adakah saya perlu pergi mengelilingi bandar dan memberitahu dunia bahawa inilah apa yang Timbalan saya sedang buat?”
Najib Razak: Di Pejabat Parlimen
Tarikh: 3 Julai 2008
Media: Akhbar / TV3½
“Saya tak tahu, mungkin dia menganggap saya di belakang budak ini, sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ini datang jumpa dengan saya kerana dia mengadu hal aaa.. bahawa dia telah ‘Diliwat’ oleh Datuk Seri Anwar. Saya aaaa.. mula-mua tidak berapa yakin aaa.. sama ada cerita ini benar atau tidak benar. Jadi saya serah pada dia, serah pada pihak polis, untuk menentukan apa-apa tindakan yang selanjutnya. Saya menerima kedatangan dia atas sifat saya sebagai seorang pemimpin, dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini. Itu saya nak katakan”.
Justeru, betapa gelombang aura akal budi dan mentaliti busuk Melayu UMNO yang sememangnya sedang berkubang di kolam najis durjana tanpa maruah, sekaligus bakal melakar sejarah baru, yang juga sebagai tambahan kepada koleksi fitnah bangsa melayu silam menerusi lagu dan irama atau zikir dan wirid ‘Lubang Dubur’ sebagai sandaran kepada wacana fitnah yang terjijik dalam lipatan zaman sepanjang Malaysia bermasyarakat dan bernegara kini yang kononnya berprinsip demokrasi.
Mengapakah Melayu UMNO dan para penjilatnya yang begitu pongah dan beria-ia hendak meranapkan karamah keinsanan Anwar Ibrahim sebagai manusia yang sememangnya terkenal baik seantero dunia dengan ‘C4’ fitnah liwat dan lancap secara berterusan, sehingga seolah-olah Malaysia atau negara ini syurga fitnah, hatta syaitan sekalipun tidak tergamak memfitnah nabi Adam sekejam itu?
Yang demikian, walaupun seribu juta bentuk hujah sebagai jawapan untuk mewajarkannya, namun tanpa mengambil kira sudut paradigma biawak, nescaya ungkapan para leluhur silam lebih tepat yang sentiasa mengingatkan baka baru bangsa manusia selamanya bahawa ‘Kalau tidak ada berada, tidak tempua bersarang rendah’, dengan kata lain, tentu ada agenda besar yang tersembunyi sehingga mendorong melayu UMNO dan badut-badutnya untuk melancarkan fitnah luar biasa tersebut, waima di segala sudut media dan penjuru masa ke atas Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya khalayak cendekiawan dunia menjadi saksi, tentang betapa Anwar Ibrahim begitu kesal dan kecewa lantaran dinafikan haknya dari menyertai pilihan raya yang ke-12 pada 8 Mac 2008, hanya kerana beliau belum terlepas dari ikatan tidak boleh bertanding.
Walau bagaimanapun, berkat bakat dan wibawa semula jadi beliau yang telah luar penjara atau tidak lagi di dalam penjara, di samping karismatik beliau sebagai antara pemikir dan pemidato multi disiplin ilmu yang berkesan di persada antarabangsa, justeru gelombang ombak besar kepemimpinannya telah menghancurkan buih-buih keangkuhan BN (Barisan Nasional) sehingga tersungkur dari takhta majoriti 2/3 kerusi parlimen gamaknya.
Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan ‘kebenaran itu laksana intan, walau terbenam ribuan tahun di kolam najis, namun nilainya tidak terjejas’. Justeru, tidak syak lagi bahawa, DS Anwar Ibrahim sah laksana tiang seri PKR yang menjadi target dan sasaran untuk ditebang dengan gergaji fitnah sampai tumbang, lantas rentak serangan dalam ‘operasi pemusnahan watak’ ke atas beliau terang dan sahih menjadi agenda utama oleh para gerombolan panglima fitnah dubur keris bersilang dan proksi-proksinya. Oleh itu, terang dan jelas tentang betapa otak Melayu UMNO begitu jahat lagi kotor penjijik zaman-berzaman.
Dalam konteks negara Borneo khususnya Sabah, cabaran terbesar yang sedang mendepani seluruh cendekiawan Borneo, tidak lain dari serentak bangkit dan bertindak bersatu sebelum terlalu lambat untuk menyapu dan membersihkan kelibat parti-parti sampah yang bersifat Malaya khususnya UMNO (United Malays National Organisation) dari terus-menerus mengotori bumi Borneo dengan pelbagai bentuk tingkah laku kebinatangan yang bertentangan dengan kelakuan tamadun.
Betapa Melayu UMNO dan barua-baruanya di Sabah adalah parasit yang telah memusnahkan keharmonian sekian lama masyarakat tulen Sabah bermasyarakat dan bernegara melalui dendangan lagu dan irama perkauman, di samping begitu handal merompak dan menghisap khazanah kekayaan ekonomi Sabah, dan pada masa yang sama, Sabah dicampak ke jurang dan gaung kemiskinan bagi memungkinkan warga tulen Sabah selamanya menyembah Melayu UMNO atau proksi-proksinya laksana hamba abdi di zaman purba gamaknya.
Tegasnya, sekarang telah tiba waktunya untuk seluruh cendekiawan Sabah bersatu ke arah membentuk satu organisasi tunggal atau parti tunggal yang berdaya-upaya menghancurkan Melayu UMNO dan talibarutnya sesingkat yang mungkin atau sebelum Pilihanraya ke-13; sebagai satu harapan abadi untuk cendekiawan seluruh Borneo, ‘Bangunkanlah maruah Sabah semula di atas puing-puing kehancuran menyeluruh Melayu UMNO dan talibarutnya!’.
No comments:
Post a Comment