Thursday, 2 December 2010

MUKIM PAGUOKON DAPAT AIR PADA 2011



Oleh: MAIL MATHEW

JABATAN Air Tenom menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih luar Bandar, khususnya di kawasan Mukim Paguokon akan mendapat bekalan tersebut terus ke rumah masing-masing bermula tahun hadapan sebaik sahaja kerja-kerja penyambungan paip utama sejauh satu kilometer siap dilaksanakan.

Demikian dinyatakan Juruteranya, Eugene Leong dalam satu kenyataaan di sini pada Khamis sebagai mengulas beberapa rungutan penduduk terbabit berhubung perkara tersebut.

Tegasnya, beliau meminta penduduk terbabit agar bersabar dan tidak membuat andaian andaian negatif yang mengelirukan berhubung kelewatan menyiapkan projek menaiktaraf saluran paip utama dikawasan itu yang bermula awal tahun lepas (2009).

“Kita baru juga pada tahun lepas mulakan kerja kerja mengganti batang batang paip lama kepada paip bersais besar sebagai persediaan menambah kapasiti bekalan air bersih di Tenom supaya dapat menampung lebih banyak permintaan pengguna,” tegas beliau.

Tambah Eugene, pihaknya menafikan cakap-cakap kosong kononnya bekalan air tidak pernah sampai ke situ sejak era kerajaan Parti berjaya lagi, sedangkan baru tahun lepas kita lakukan kerja-kerja menaiktaraf keupayaan pembekalan air ke kawasan luar bandar.

Eugene membuat kenyataan tersebut ekoran rungutan Pemaju Mukim, Richard Ang (gambar) yang meminta kerajaan khususnya Jabatan Air agar mempercepatkan bekalan air luar bandar yang melibatkan beberapa buah kampung di kawasan Mukim Paguokon.

Richard mendakwa bahawa, sehingga kini penduduk di situ sudah sekian lama tertunggu-tunggu bekalan air itu sampai ke kawasan mereka sejak era kerajaan Parti Berjaya lagi, namun apa yang diharapkan hampa semuanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya masalah rungutan pengguna Taman Bahagia yang mendakwa bekalan air yang dibekalkan yang terlalu kotor dan tidak sesuai digunakan oleh pengguna yang disifatkan oleh mereka sebagai ‘sama seperti air kumbahan’ beliau berkata;

“Keadaan itu berlaku akibat masalah teknikal yang tidak tersengaja di antara pihak kami dengan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan loji. Bagaimana pun pihak kami memang akan meminta maaf kepada pengguna berhubung insiden tersebut,” jelas Eugene lagi.

Namun tegasnya lagi, beliau telah cuba lakukan yang terbaik untuk mempastikan setiap bekalan air melalui proses rawatan dengan betul sebelum diagehkan kepada para pengguna.

Bagaimanapun kadang kala masalah terus menimbun apabila berlaku musim banjir yang terus mengganggu dan mencemar sedutan punca air Sg Padas dan Loji penapis air di Senagang.

No comments:

Post a Comment