Saturday 9 April 2011

950 UNIT KOMPUTER 1 MALAYSIA SEMARAKKAN I.T



SERAH...Lajim bersama isteri Datin Hajah Normilah Siong yang diiringi oleh John dan Buhkari ketika menyerahkan komputer riba 1Malaysia kepada salah seorang pelajar sempena majlis tersebut.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

SEBANYAK 950 komputer riba 1Malaysia diagehkan kepada para pelajar luar bandar dari empat buah sekolah menengah di Parlimen Beaufort iaitu SMK Menumbok, SMK kayul, SMK Kuala Penyu dan SMK St Peter Bundu dalam usaha membantu masyarakat, khususnya golongan pelajar di kawasan itu supaya celik teknologi maklumat (IT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyerahkan komputer riba tersebut berkata, komputer itu disumbangkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar luar bandar.

"Mereka yang layak menerima komputr riba ini terdiri daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah peringkat Parlimen Beaufort di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang, Kuala Penyu pagi tadi.

Hadir sama, wakil rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; Pengarah SKMM Sabah dan WP Labuan, Buhkari Yahya dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Haji Aliasnih.

BANGGA…Lajim bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama sebahagian dari para pelajar yang menerima sumbangan Komputer di majlis tersebut.

Tambahnya, tujuan utama pemberian itu dilakukan supaya tiada lagi jurang digital antara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar.

"Kita mahu semua pelajar berdaya saing dan melahirkan ramai modal insan yang berkualiti pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau pemberian komputer tersebut membuktikan kerajaan BN komited bagi melahirkan generasi muda agar celik IT di samping ianya turut menjadi eleman untuk menjana kecemerlangan pendidikan di negara ini dan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.”

”Usaha ini dilakukan bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT seperti mereka yang berada di bandar sebagai pemangkin untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Tambah Lajim, usaha ini juga selari dengan Misi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru iaitu menunju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati para pelajar supaya tidak menyalahgunakan komputer riba tersebut, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendapat maklumat yang betul.

"Saya berharap ibu-bapa dapat memantau aktiviti anak mereka dalam menggunakan komputer terbabit. Janganlah menggunakannya untuk tujuan yang tidak elok," tegasnya.

No comments:

Post a Comment