Oleh : HALIK ZAMAN
CERITA Hitler difilemkan kerana kebijaksanaan 'jurusolek' menjadikan paras seseorang itu persis Hitler. Sejarah Mahatma Ghandi difilemkan kerana kepakaran 'jurusolek' kelihatan persis rupa Mahatma Ghandi dari seorang berbangsa Inggeris. Jadi, apa masalahnya muka sipelaku video seks disamakan seiras dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Apa motif muka sipelaku tidak dizoom agar tidak berselindung atau memaparkan jelas muka tertuduh dan kenapa buat suspen 'seiras seakan-akan'?
Jawapannya mungkin kerana kedua-dua makhluk yang bernama Rahim Tambi Chik dan Shazryl masing-masing mengaku ada dendam dengan Anwar dan tidak mustahil mereka pun carilah ‘pakar jurusolek’ boleh buat seiras atau persis Anwar dalam zaman moden ini kerana semua boleh dibuat atau dibuat-buat.
Untuk mengelakkan Anwar boleh saman malu kepada Rahim Tambi Chik dan Shazryl, maka mereka pun kelamkabut meminta Kerajaan BN tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja agar kes tersebut terus berjalan secara bersambung dan bersambung bertahun- tahun.
Saman malu tidak boleh dibuat oleh Anwar kerana kabinet mahu tubuhkan Suruhanjaya DiRaja 'dalam baik' bertujuan menyekat saman malu Anwar Ibrahim kepada 3 Datuk Three Stooges itu.
Anwar tidak boleh mengheret ketiga ‘Datuk T’ ke Mahkamah kerana BN menjaga kepentingan mereka dan memberi alasan Suruhanjaya Siasatan DiRaja belum selesai menjalankan penyiasatan; maka tidak boleh diadakan dua pengadilan dalam satu masa. Maka saman malu Anwar pun terumbang-ambing tergantung-gantung selama yang mereka mahukan dan Datuk T akan terus bebas selama-lamanya.
Ini semua mainan politik BN untuk memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim ini benar-benar seorang pemimpin tidak bermoral. Tapi, rakyat zaman tahun 60-an sahaja yang percaya taktik murahan BN ini. Rakyat zaman ini sudah pintar pintar belaka sekalipun Datuk T dan mereka yang menaja Three Stooges ini Pintar-pintar bodoh!
No comments:
Post a Comment