Saudara Pengarang,
SEBAGAI seorang rakyat warganegara Malaysia, anak jati negeri Sabah yang berasal dari daerah Tuaran (kaum Dusun Lotud), saya amat berbangga dengan tindakan proaktif yang telah diambil oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing berkenaan isu PATI.
Untuk pengetahuan, saya baru sahaja membeli buku ‘IC Palsu : Merampas Hak Anak Sabah,' karya Mutalib M.D dan telah selesai membacanya. Ternyata, ia telah memberikan saya perspektif dan dimensi yang lebih luas dan mendalam berkenaan isu PATI (dan dibantu oleh hasil tulisan melalui blog peribadi beliau).
Dalam hal yang berkaitan, mungkin link ini http://stevie-kauluanexpress.blogspot.com boleh membantu kalian untuk mendapatkan serba-sedikit pemahaman tentang sejarah kaum Melayu dan Dusun (yang akhirnya mungkin boleh membantu dari segi input atau pun membuka dimensi lain tentang isu asal penduduk pribumi Borneo secara amnya dan Sabah secara khususnya).
Sedikit masa lagi, saya akan kupas isu PATI/PADI/Etnik/Perundangan/Bangsa mengikut kefahaman dan acuan saya untuk dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca yang lain. Sekadar untuk tujuan perkongsian. Janganlah melayakkan mereka yang tidak layak!
Salam Hormat,
ARIF
No comments:
Post a Comment