Saudara Pengarang,
SEBAGAI Anak Jati Sabah, kami hanya menjadi pemerhati pembangunan dan menganggap janji Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf kemudahan asas di luar bandar bagaikan mimpi di siang hari.
Betapa tidak, jalan menuju ke kampung kami, Menggitom Baru di Keningau yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Bingkor masih seperti dibina 30 tahun lalu.
Kami sudah letih dan kering gusi mengajukan permohonan demi permohonan dan menulis berkajang surat rayuan, namun Wakil Rakyat kami bagaikan tidak mempedulikan masalah kami, seolah-olah dia mendapat undi daripada makhluk asing.
Salam Hormat,
PENDUDUK MALANG
Situasinya sama di semua kawasan seluruh sabah. Jgn sebut kawasan jalan utama yg dibiarkan bertambah teruk dari hari ke hari. ambil contoh jalan kota belud-kota marudu/kudat-pitas. jalan ini sangat menyedihkan dan sudah dibiarkan selama bertahun lamanya. kadang kala kerja-kerja tampal menampal hanya akan dilakukan apabila jalan ini sudah tidak dapat dilalui oleh kebanyakan kenderaan. apabila menyebut jalan luar bandar dan pedalaman, banyak tempat yg kita boleh seneraikan sehingga kita boleh menyiapkan sebuah buku berketebalan 500 muka surat jika tidak lebih itu. Keadaan jalan2 luar bandar dan pedalaman ini ada yg mempunyai keadaan lebih teruk dari jalan sebelum merdeka.
ReplyDeletepada musim2 hujan seperti sekarang, jalan2 ini langsung tidak boleh dilalui walaupn dgn menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Saya sendiri berasa lucu kadang2 apabila YB2 dn menteri2 saling memuji antara satu sama lain. lain lg pujian yg datang dari pencacai najis mereka. sementara golongan2 mereka ini saling memuji, orang kampung berada dalam keadaan tertekan untuk meneruskan kehidupan. apa tidaknya kalau jalan terlalu teruk "sehinggakan kerbau pun tidak boleh limpas". nak beli barang keperluan harian pun susah. pilihan yg ada cuma berjalan kaki. tapi sangupkah YB2/MENTERI2 ini mengalas/menggonondong/memikul beras 20 ke 30 kilo pada jarak 3 ke 10 kilometer. rasanya pada jarak 50 kaki pun mereka ini sudah muntah darah. jadi apa cerita wahai DO/ADOADUN/MP/KKLW bla..bla...bla... bagus kamu berambus sahaja.
ReplyDeleteSelamat Hari Kemerdekaan ke-54... Saya anak merdeka, saya anak merdeka... hahaha.. kesian 100x
ReplyDelete