BANTU…Kelihatan Jamawi ketika membantu salah seorang belia yang mengunjungi karnival tersebut bagi mengisi data-data dalam sistem talian on line yang disediakan sempana karnival tersebut
Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID
PROGRAM Karnival Kerja Pemuda BN (BN Youth Job Fair 2011) yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda BN baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra berjaya menarik ribuan pengunjung yang terdiri daripada kalangan belia bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang -peluang pekerjaan kerana lebih dari 60 buah jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta turut menjayakannya.
Ekoran dari sambutan yang menggalakkan ini, Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berharap program tersebut dapat diperluaskan ke seluruh negeri bagi memberikan peluang kepada golongan belia menyertai dan seterusnya mendapatkan maklumat mengenai peluang peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi.
Menurut beliau sasaran membawa program tersebut menjelajah ke seluruh negeri selaras dengan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak semasa merasmikan program tersebut yang mahukan program ini diperluaskan ke seluruh negeri agar golongan belia mendapat maklumat mengenai peluang peluang pekerjaan yang boleh mereka sertai.
“Kita berharap program ini dapat diperluaskan ke seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memberikan peluang kepada golongan sasaran (belia) untuk mendapatkan maklumat tentang peluang peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi,“ katanya ketika ditemui disini dan diminta mengulas program tersebut
KENANGAN…Jamawi (tengah) turut merakamkan gambar kenangan bersama belia yang menghadiri karnival tersebut.
Tambah Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom program Karnival kerja Pemuda BN ini merupakan salah satu kaedah dan pendekatan pergerakan Pemuda Umno/BN bagi mendekati golongan muda di peringkat akar umbi selari dengan saranan Perdana Menteri dimana program ini menjadi sandaran selaras dengan aspirasi model baru politk BN dengan memberikan tumpuan untuk menyelasaikan masalah rakyat dalam kontek ini golongan muda.
“Pergerakan Pemuda menyedari isu pengangguran masih membelanggu golongan belia di Negara ini, selain sikap terlalu memilih pekerjaan menjadi penyumbang masalah ini, faktor kurangnya maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan juga menjadi punca kepada masalah ini” katanya.
Sehubungan dengan itu, Jamawi berkata Program Karnival Kerja Pemuda BN ini dirangka bukan sahaja memahami masalah generasi muda yang kebanyakannya berkisar pada soal kerjaya dan masa depan mereka tapi menurut beliau Pemuda BN cuba mencari jalan penyelesaian berkesan kepada masalah mereka.
“Dengan adanya sokongan dari pelbagai jabatan, agensi kerajaan termasuk sektor swasta program ini dapat dilaksanakan justeru golongan beliau perlu memanfaatkannya bagi mendapat maklumat peluang-peluang pekerjaan yang boleh mereka pohon,“ katanya
No comments:
Post a Comment