Tuesday, 12 July 2011

1.2 JUTA PATI LAYAK MENGUNDI?



DAFTAR…..Taufick mengetuai Program Pendaftaran Pemilih Baru yang dijalankan oleh Biro Gerakan Pendaftaran Pemilih PKR.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : TAUFIQ RUSCHI

GERAKAN Pendataran Pemilih untuk pengundi-pengundi baru yang berusia 21 tahun yang dijalankan di Kuala Penyu, Kimanis dan daerah-daerah lainnya yang dikendalikan oleh Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Bueafort mendapat sambutan di luar jangkaan.

Program Gerakan Pendaftaran Pemilih ini yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih PKR Sabah, Taufick Ruschi yang juga selaku Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort berkata, tujuan program ini diadakan adalah menjurus untuk mengenal pasti para remaja dan belia yang sudah mencapai umur 21 tahun diwajibkan mendaftar sebagai pemilih baru.

Taufick yang menghubungi Wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan melalui panggilan telefon kelmarin berkata, program daftar pemilih baru ini bukan setakat diadakan di Kuala Penyu sahaja; bahkan di seluruh pelusuk Sabah supaya pengundi tempatan yang layak mengundi tidak tercicir atau tertinggal untuk didaftarkan sebagai pemilih baru.

Mengulas kenyataan media Datuk Patrick Sindu yang tersiar di portal online Sabahkini.Net baru-baru ini, kata Taufick, antara lain mendedahkan bahawa di negeri Sabah terdapat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sudah menjadi warganegara ala bidan terjun dan sudah berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mencecah 1.2 juta sebagai amat membimbangkan.

“Nisbah jumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi bukan angka yang kecil dan inilah kecurangan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab begitu mudah memberikan taraf dan status kewarganeraan kepada orang asing tanpa mengikut prosedur yang sah,” tegas Taufick lagi.

Taufick menyifatkan sejumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi dan sebahagian besarnya sudah mendaftar sebagai pemilih di SPR, secara tidak langsung menterjemahkan makna ‘Fixed Deposit’ yang menjadi buah mulut pemimpin Barisan Nasional.

“Tidakkah mereka (pemimpin UMNO/BN) merasa bimbang dengan jumlah begitu besar PATI yang menjadi warganegara dan suatu hari nanti boleh menumbangkan mereka dan merampas tampuk kuasa politik Sabah?” tanya Taufick yang kesal kerana tindakan berkenaan seolah-olah membunuh generasi akan datang kerana jumlah PATI semakin bertambah ramai dan di setengah kawasan mengatasi penduduk tempatan.

SEMAK…...Petugas Biro Gerakan Daftar Pemilih sedang menyemak buku daftar SPR.

Contoh yang terdekat tambah Taufick, di mana-mana sahaja beliau pegi, PATI yang diberikan kemudahan kad pengenalan melalui pintu belakang, 90 peratus daripada mereka hidup mewah dan ada yang mempunyai lebih daripada satu permit teksi dan permit bas, lesen pasar dan lesen PKK.

“Kita bukan iri hati kejayaan mereka yang hidup mewah di negeri ini, tetapi kerajaan memberikan kad pengenalan kepada mereka (PATI) dengan cara yang tidak betul sehingga menafikan hak rakyat jati untuk mendapat peluang yang sama,” tegas Taufick yang mengakui sikap berlembut pihak berkuasa menjadi punca segala-galanya.

Kata Taufick, kini terpulanglah kepada rakyat Sabah untuk menghukum kezaliman kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya umum nanti, sekalipun mungkin agak sukar, tetapi jika Anak Jati Sabah bersatu menggunakan hak mereka dengan penuh tanggung jawab, isu pengundi hantu dan PATI yang diupah untuk mengundi BN dapat di atasi secara bijaksana.

18 comments:

  1. Illegal should not be allowed to vote.

    ReplyDelete
  2. PATI tak ada hak langsung untuk mengundi.

    ReplyDelete
  3. pemimpin semenanjung tidak berasa bimbang kerana PATI2 itu adalah keturunan mereka..maka pemimpin2 sabah harus kuat dan bersatu untuk menekan persekutuan agar RCI ditubuhakn dan pihak2 yang bersekongkol dan tidak bertanggungjawab serta pengkhianat negara ini akan dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  4. jika bukan JPN yang memberikan kad pengenalan dan taraf warganegara kepada PATI di sabah, siapa lagi? JPN tidak perlulah menafikan hal ini kerana sudah ternyata benar..sebab kad pengenalan tersebut yang diberikan kepada PATI bukannya palsu tetapi asli.

    ReplyDelete
  5. 1.2 juta PATI yang layak mengundi ini bolehlah membentuk kerajaan filipina di sabah secara sah..apa tidaknya, kerajaan persekutuan begitu lemah untuk mengatasi masalah ini dan kerap kali menghalalkan PATI..kini terpulang kepada pemimpin dan rakyat sabah untuk mengubah semua ini..

    ReplyDelete
  6. Jangan sahaja suatu hari nanti, negeri Sabah 'ditakluki' oleh PATI ini.

    ReplyDelete
  7. benarkah ini? perhatian perlu diberikan terhadap pekara ini.

    ReplyDelete
  8. disebabkan itulah usaha untuk menyelesaikan masalah pati ini perlu sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  9. siapalah yang menjadi pengkhianat negara tu? merekalah yang bertanggungjawab terhadap kebanjiran PATI dan isu-isu yang berkaitan dengan PATI di negara ni.

    ReplyDelete
  10. If Gov been opposed Bersih all-out, do the same thing on PATI problems.

    ReplyDelete
  11. Those traitors that allowing and transformed the PATI to be so called 'locals' should get the punishment!

    ReplyDelete
  12. Bila lah isu PATI akan selesai. Mcm isu ni terlalu lama da berlanjutan. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Tolonglah perangi isu ni habis-habisan. Kalau bersih kena tentang, kenapa tidak PATI???

    ReplyDelete
  14. if this issue can't be solved then just deport them back..end of story.

    ReplyDelete
  15. cuba buktikan warga asing seramai 1.2 juta orang itu telah diberikan warganegara dan telah berdaftar sebagai pengundi..

    ReplyDelete
  16. Baguslah kalau sambutan begitu hangat terhadap PKR.

    ReplyDelete
  17. Betulah terpulang dengan rakyat itu sendiri mahu memilih siapa yang terbaik untuk mereka pada akan datang.

    ReplyDelete