Tuesday, 12 July 2011

PUSAT HIBURAN KEBAL KERANA ‘UFTI’



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PIHAK berkuasa tempatan di Sabah disifatkan terlalu gentar untuk mengambil tindakan terhadap Pusat Hiburan yang dibuka melebihi waktu operasi yang ditetapkan kerana telah ‘membayar wang perlindungan’ atau ‘Ufti’ kepada pihak berkuasa, termasuk Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, bahawa Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan telah mengeluarkan amaran kepada pengusaha Pusat Hiburan termasuk pusat karaoke, bahawa mereka boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 dan lesen mereka dibatalkan, jika gagal mematuhinya.

“Operasi yang dilakukan di daerah Keningau baru-baru ini dibuat kerana lima pusat karaoke beroperasi di luar waktu yang dibenarkan tidak mampu lagi membayar wang saguhati kepada penguatkuasa kerana kekurangan GRO akibat serbuan Imigresen,” dakwa Citra yang memaklumkan bahawa kelima Pusat Karaoke berkenaan sudah lama beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan dalam lesen mereka.

Kata Citra, jika pihak berkuasa ingin menguatkuasakan Ordinan Hiburan Awam 1958, mereka boleh melakukannya semudah menonton rancangan Gusti di Restoran Mamak kerana semua pusat hiburan dibuka sehingga lewat pagi, antara jam 2 hingga 6 pagi.

“Salah satunya, Razz Ma Tazz dibuka sehingga jam 6 pagi sekalipun pintu utama ditutup, tetapi pelanggan masih berhibur di dalam dan menjadi salah satu pusat pengedaran dadah utama yang dilindungi pihak berkuasa,” kata Citra yang mencabar Unit D7 Bukit Aman dan DBKK menyerbu Pusat Hiburan berkenaan jika mereka tidak menerima rasuah daripada pemilik Razz Ma Tazz, yang juga salah seorang pemimpin UMNO.

16 comments:

  1. I am not aware that there are limited operation hours for clubs like these.

    ReplyDelete
  2. kelab2 hiburan seperti ini harus sentiasa dipantau.

    ReplyDelete
  3. biasanya begitulah yang akan terjadi jika penguatkuasa itu berat-sebelah.

    ReplyDelete
  4. Pihak berkuasa pun tidak boleh diharap. bukan menjalankan tanggungjawab tapi lebih pentingkan habuan yang diterima@rasuah. jadi sampai bila masalah ini boleh selesai.

    ReplyDelete
  5. pusat hiburan yang beroperasi waktu yang dibenarkan perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. pemantauan perlu sentiasa dilakukan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  7. Corruption has caused all the problems.

    ReplyDelete
  8. This matter should be investigated.

    ReplyDelete
  9. Sa rasa kan si pengadu ni pun selalu berhibur di Razz Ma Tazz ba, itu la pasal dia tahu. hahhaha

    ReplyDelete
  10. Apapun, harap hal ini dapat disiasat dan tindakan sepatutnya diambil.

    ReplyDelete
  11. tarik balik permit mereka yang beroperasi lebih waktu baru adil kepada yang lain-lain.

    ReplyDelete
  12. mungkin penulis salah seorang daripada pelanggan pusat hiburan sebab tu dia tahu pintu depan ditutup tapi pelanggan didalam masih berhibur.. apa2pun, pihak berkuasa perlu lakukan sesuatu sesuai dengan laporan yang dibuat..

    ReplyDelete
  13. Ini merupakan pusat hiburan yang terkenal di Kota Kinabalu. Harap pihak berkuasa tidak dikenakan suapan atau rasuah oleh mereka.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya DBKK perlulah menerima cabaran dari penulis artikel ini. Jika tidak pasti DBKK dirasuah.

    ReplyDelete