Monday, 11 July 2011

AMBIGA, BOLLYWOOD AMERIKA DI MALAYSIA



Oleh : MUTALIB M.D

TIDAK ramai rakyat Malaysia yang menyedari bahawa Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan adalah ‘Ratu Bollywood Amerika’ di Malaysia, sama peranan dengan Raja Mandeliar dan Si Kitul dalam Sejarah Melayu, sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi menjenamakan Ambiga sebagai ‘Tali Barut’ Amerika yang sedang merancang kejatuhan Kerajaan Malaysia yang dipilih melalui sebuah pilihanraya yang bebas; melalui cara demontrasi jalanan; sinonim dengan sejarah kejatuhan negara pengeluar minyak dunia seperti Iraq, Tunisia, Mesir dan Sudan.

“Walaupun dunia melihat Malaysia sebagai negara mini pengeluar minyak, namun Amerika menyedari bahawa Malaysia adalah ‘Gergasi Minyak Dunia’ kerana Petronas mempunyai kontrak carigali di lebih 46 negara, tidak termasuk dua kontrak baru di Sudan dan Kazakhstan,” ujar Raime yang mendedahkan punca sebenar Ambiga menganjurkan demonstrasi jalanan pada 9 Julai lalu.

Menurut Raime, pengakuan Ambiga bahawa ‘Bersih’ menerima sumbangan dana daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI); sudah menjelaskan siapa sebenarnya bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia itu.

AGEN....Berapa ramai rakyat Malaysia tahu bahawa dua tokoh ini adalah Agen Amerika di Malaysia?

“Umum mengetahui bahawa NDI adalah cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan bertopengkan demokrasi dan berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat,” kata Raime yang menegaskan bahawa OSI pula adalah Yayasan Freemason yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Raime kesal, selain Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai hubungan rapat dengan dwi-yayasan tersebut, kerana Albright dan Soros merupakan dua tokoh Yahudi yang simpati dan menaungi politik Anwar sejak era kejatuhannya pada 2 September 1998 lagi.

Demonstrasi jalanan yang dianjurkan ‘Bersih’ di seluruh dunia pada 9 Julai lalu, kata Raime, adalah ‘Perbuatan Subversif’ dan ‘Percubaan Menderhaka dan Memerangi DYMM Yang DiPertuan Agong’ secara licik, bagi menimbulkan huru-hara agar mengundang campurtangan Amerika dalam konflik dalaman Malaysia.

“Mujur Polis DiRaja Malaysia mampu menghalang arus gelombang orang ramai yang dihasut agar memperjuangkan demokrasi jalanan; walhal ketika ini pembangkang mempunyai lebih satu pertiga suara di Parlimen,” kata Raime yang memuji tindakan pantas polis melalui sekatan jalan dan kaedah pencegahan awal untuk mengelak rusuhan.

Majoriti rakyat Malaysia, kata Raime, mengutuk demonstrasi jalanan ‘Bersih’ pada 9 Julai kerana tidak mempunyai hala tuju, melainkan menyusahkan orang ramai sehingga ekonomi negara hampir merudum disebabkan sentimen pelabur; terutama penguncupan pasaran bon dan saham tempatan.

RATU.....Sebahagian daripada 'Ratu' yang menjadi Boneka Amerika di seluruh dunia termasuk Ambiga (dua dari kanan).

Tegas Raime, Sekutu Amerika, British masih menaruh dendam kepada Malaysia kerana sebelum meninggalkan Malaysia, British menubuhkan Shell untuk menghirup hasil minyak Malaysia.

Tetapi apabila Malaysia dilanda inflasi yang meruncing akibat kenaikan harga minyak secara mendadak, 400 % iaitu daripada 10 dollar setong kepada 40 dollar setong dalam masa enam bulan, kata Raime, menyebabkan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak menubuhkan Petronas pada 1974.

Penubuhan Petronas, menurut Raime, dalam keadaan genting kerana dunia luar menekan Malaysia jangan mengambil hak yang telah diberikan kepada SHELL; sehingga rakyat memberikan sokongan padu kepada Tun Razak, sekalipun ketika itu Anwar Ibrahim memilih untuk memalukan Tun Razak dengan berarak di jalan raya setelah berjaya mempengaruhi mahasiswa dan penyokong fanatiknya.

Sehubungan itu, kata Raime, seluruh rakyat Malaysia hendaklah memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam usaha untuk mempertahankan Malaysia daripada serangan kuasa besar dunia seperti Amerika; yang mengintai kekayaan minyak Malaysia dan menjadikan ‘demokrasi’ dan SPR sebagai alasan dan sasaran untuk campur tangan; sebagaimana kerosakan yang mereka lakukan terhadap Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya.

“Menuduh sistem Pilihanraya Malaysia tidak bersih dan membiayai ‘Bersih’ untuk mencipta peluang kepada mereka campurtangan dalam urusan politik dan ekonomi negara, adalah helah Amerika untuk menguasai minyak Malaysia,” kata Raime yang menggesa rakyat Malaysia meningkatkan patriotisme mereka menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ini.

Pesan Raime, sebelum rakyat Malaysia berniat untuk mengkhianati negara, lihatlah Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada 31 Ogos 1998 sempena perayaan hari ulang tahun Petronas ke-24; sebagai mercutanda penguasaan Malaysia dalam sektor perlombongan minyak di lebih 46 negara di dunia.

2 comments:

  1. Tapi apa hal tiada erti bagi orang Sabah la, YB, KG Bapa Yb sendiripun masih tak ada penyelasaiaan camna mau selasai masaalah orang lain,haya orang kg.mentua YB sendiri pn ada yang sudah mau tumbang tapi tak di bantu la............Minyak ada tapi habuk pun tak dapat orang sabah.....

    ReplyDelete
  2. Ckp org tapi sendiri pun teruk. rakyat di kawasan sendiri pun tak terjaga, ini nak pula bercakap bagi pihak org lain. kami tahu sudah, ramai yb tidak senang duduk kerna BERSIH. Sebabnya? takut parti tumbang dan jawatan serta pangkat hilang. apa tidaknya, elaun MP pun nda terkacau kalau jadi pencacai najis umno lebih2 kalau jadi YB. Komisen dtg sana sini. lain lagi elaun menjadi pengerusi atau penaung GLC. Paling kurang pun dlm rm50k juga masuk poket dlm sebulan. kalau pau tokeh cina yg dpt projek ratus juta lagi... banyak duit masuk wooo.... pasal tu la takut sangat jatuh. siapa jua suruh lepas jadi YB terlalu duduk kerusi empuk dlm bilik berhawa dingin 16 darjah celsius. siapa jua suruh belajar makan makanan 5 star selebriti. ini belumpun sampai setahun jadi YB, dah tak berasap dapur di rumah. tinggal memanjang di hotel mewah. makan ala barat. tak boleh telan nasi kalau tiada salad pembuka selera. tak bangun dari meja kalau tiada hidangan dessert pencuci mulut. pejam celik pejam celik, dgn merasa segala kemewahan yg ada, penggal dahpun nak habis. rapi rakyat masi teruk menunggu janji. baru nak gelebah. sekarang bila ada saja point, mulalah nak serang org lain lebih2 pembangkang. tuduhan melulu pun memanjang. ingat dia tu hakim. raimee oh raimee. mulut busuk bau mayat, akhirnya rakyat yg melarat.

    ReplyDelete