Monday, 11 July 2011

PANJI KEAGUNGAN PENGKHIANAT NEGARA!


Saudara Pengarang,

ALANGKAH bertuahnya menjadi kontraktor bumiputera, apatah lagi menjadi kroni menteri tertentu kerana tidak diambil sebarang tindakan, sekalipun gagal melaksanakan amanah negara setelah diberikan kontrak penting seperti Hospital dan Kompleks Kerajaan.

Saya tertarik membaca artikel bertajuk ‘Hospital Nabawan Tetap Dibina’ kerana kontraktor anak emas Barisan Nasional ini masih unggul dan disayangi pemimpin BN, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan membuka fail sekalipun puluhan laporan dibuat terhadap Panji Keagungan Berhad.

Kontrak membina Hospital Nabawan atau dikenali sebagai projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Klinik Kesihatan Jenis 4S Nabawan Dengan X-Ray Dan Kuarters dengan harga RM 23.11 juta diberikan Panji Keagungan Berhad pada 09 April 2010, tetapi menurut Kurup kontrak tersebut telah ditamatkan.

Apakah istimewanya Panji Keagungan Berhad yang sebelum ini mencipta rekod buruk dalam projek Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa II) pada 12 September 2002 dengan kos RM 288,018,173.30 dan Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa 1) pada 01 November 2001 bernilai RM 27,911,000.00; mendapat kontrak baru Membina dan Menyiapkan Perumahan ATM, Di Kem Kubota, Tawau, Sabah. (Pakage I) bernilai RM 20.5 juta baru-baru ini.

Panji Keagungan Berhad yang memiliki Lesen PKK Kelas A1201 A 91 0179 sebelum ini terlibat dengan beberapa projek Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk Cadangan Pembangunan Semula Hospital Quenn Elizabeth, Kota Kinabalu (Pakej 2) bernilai RM74.4 juta pada 05 Ogos 2004; serta projek Piling & Pile Caps Complete With Demolition Work Utk Pembangunan Semula Hospital Queen Elizabeth iaitu Cadangan Membina & Menyiapkan Tower Block (Pakej 3 - Kerja-kerja Cerucuk & Substructure) bernilai RM13.2 juta pada 18 Ogos 2005.

Sebagai kontraktor PKK Kelas C, saya ingin bertanya kenapa Kerajaan tidak menuntut kerugian yang dialami akibat kelewatan penyiapan projek dan gangguan akauntabiliti dan sistem penyampaian kerajaan sedangkan Panji Keagungan Berhad bukannya Muflis kerana masih memiliki dan mentadbir urus Imperial International Hotel & Imperial Boutec Hotel (sebelum ini Radius International Hotel) di Warisan Square, Kota Kinabalu melalui Panji Hotel Management.

Saya menganggap Pengerusi Eksekutif Panji Keagungan Berhad, Datuk Mahruf Md. Zakaria adalah pengkhianat kepada Negara kerana mensabotag Kerajaan Negeri Sabah kerana kebanyakan projek pembangunan yang dilaksanakan syarikatnya adalah projek sakit dan menyebabkan rakyat Sabah membenci Kerajaan Barisan Nasional.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang dikurniakan TYT Melaka pada 12 Oktober 2003 ditarik balik sebagai pengajaran kepada kontraktor yang diamanahkan menjalankan kontrak mega kerajaan tetapi tidak amanah dan terus menzalimi rakyat Sabah.

Salam Hormat,

PEMILIK XYZ SDN.BHD

14 comments:

  1. Projects should be given to companies that are creditable and qualified.

    ReplyDelete
  2. kontraktor yang bermasalah harus disenarai hitam bukannya dimanjakan..yang rugi adalah rakyat kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat..bukan kerajaan..

    ReplyDelete
  3. diharap pihak berkuasa khasnya SPRM membuka mata mereka..

    ReplyDelete
  4. kontraktor yng bermasalah perlu dikenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete
  5. pihak SPRM sepatutnya berani bertindak menyiasat kontraktor Panji Keagungan walaupun kontraktor tersebut di bawah kroni menteri. tiada sesiapa yang kebal daripada dikenakan undang-undang.

    ReplyDelete
  6. Ini barulah sindiran. hahhahaa. Harap hal ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  7. Apapun, siasatlah hal ini dan selesaikanlah segera.

    ReplyDelete
  8. pekara ini perlu diberikan perhatian agar isu yang berlaku dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. kontraktor yang gagal dalam melaksanakan tugas perlulah dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  10. Kesian itu rakyat. Besar harapan mereka menunggu itu pembangunan/kemudahan tapi kontraktor2 yang tidak bertanggungjawab ini kasi hancur harapan mereka. Lepas itu kerajaan yang kena 'tembak'. Salah siapa?

    ReplyDelete
  11. Macam mana mahu maju kalau semua pun mahu main rasuah?

    ReplyDelete
  12. tanya Tan Sri Joseph Kurup.. beliau pernah melawat tapak pembinaan itu dan sudah tentu beliau mempunyai penjelasan kenapa projek itu masih terbengkalai..

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya kontraktor yang diamanahkan untuk projek ini haruslah jujur dan tidak mementingkan diri. Pastikan projek yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Jauhilah dari rasuah kerana rasuah inilah penghancur masa hadapan sesebuah negara.

    ReplyDelete