Friday 1 July 2011

BUKAN SENANG REALISASI APK DI KKLW!



Saudara Pengarang,

SAYA mengikuti coretan oleh Jayanthi Geetha Sukumaran bertajuk ‘Skandal 'Variation Order' Di KKLW?’ dan ingin berkongsi pandangan peribadi berhubung isu berkenaan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

ISU 1:

KEMENTERIAN Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disifatkan bukan sahaja mempunyai menteri yang tidak berwibawa, malah diperkudakan oleh Pegawai Kanan yang tidak amanah sehingga membazirkan begitu banyak dengan wang kerajaan melalui ‘Skandal Variation Order’.

Komen Saya : Ini satu pandangan peribadi.

ISU 2:

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, beliau mendapat maklumat yang dipercayai sahih, bahawa Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi) KKLW, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi), Dato' Haji Yussof Bin Dohab telah bersekongkol dengan Juruperunding Kanan bernama Azmi untuk memanipulasi spesifikasi kontrak sehingga mendorong kerajaan terpaksa melakukan ‘Arahan Perubahan’ (Variation Order) untuk melonjakkan harga kontrak ketika kontrak separa siap.

Komen : Bukan mudah untuk membuat manipulasi harga. Arahan Perubahan Kerja (APK) hanya akan dibuat sekiranya perlu dan semua persetujuan mestilah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Perunding dan kontraktor mesti mengemukakan bukti sahih dan justifikasi yang kukuh untuk menyokong APK tersebut. Sekiranya peratusan APK tersebut melebihi peratusan yang tertentu, ianya akan melibatkan persetujuan Kementerian Kewangan.

ISU 3 :

“Saya tidak tahu bagaimana KKLW boleh melantik Juruperunding yang mempunyai rekod buruk iaitu ketika menyelia Projek Mini Putrajaya di Sabah yang menyebabkan berlaku kecatatan apabila hampir kesemua jubin dinding jatuh,” kata Citra yang menegaskan bahawa Azmi sebelum ini adalah Jurutera Kanan Panji Keagungan Berhad.

Komen : Skop pemasangan Jubin bukan di bawah bidang kuasa Juruperunding Struktur dan Awam, Ianya di bawah skop kerja Arkitek. Mengaitkan seseorang dengan kerja yang di luar kepakarannya adalah tidak tepat.

ISU 4 :

Panji Keagungan Berhad kata Citra, telah menjalankan banyak projek termasuk Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa 1) pada 1 November 2001 bernilai RM 27,911,000 (JPPS) dan Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa II) pada 12 September 2002 bernilai RM288,018,173.30 (JPPS).

Komen : Pernyataan ini tidak berkaitan dengan Tajuk Di atas.

ISU 5 :

Menurut Citra, mendapat maklumat dalaman bahawa salah satu tender iaitu KKLW.T 83/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tulid/ Lanas/ Sook, Sook, Negeri Sabah dimaklumkan akan diberikan kepada sebuah syarikat daripada Sarawak yang menawarkan harga yang tidak berpatutan dan tidak mempunyai rekod kerja yang baik.

Komen : Ini satu pernyataan tanpa bukti.

ISU 6 :

Tender berkenaan ditutup pada 7 Jun 2011 yang lalu bersama tender-tender lain iaitu KKLW.T.76/2011bagi Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kanibongan, Pitas, Negeri Sabah; KKLW.T.77/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tambuluran, Matunggong, Negeri Sabah; KKLW.T.78/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Bengkongan, Kota Marudu, Negeri Sabah; KKLW.T.79/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Timbua, Ranau, Negeri Sabah; KKLW.T.80/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau, Negeri Sabah; bagi KKLW.T.81/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Di Kg. Maligan, Sipitang, Negeri Sabah; KKLW.T.82/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Graviti Kg. Long Pasia, Sipitang , Negeri Sabah.

Komen : Saya selaku rakyat Malaysia amnya dan Sabah khasnya amat berterima kasih kepada KKLW kerana telah memperuntukkan begitu banyak peruntukan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat. Tender terbuka yang dibuat membolehkan harga dapat dikurangkan dan kontraktor kelas A dapat bersaing.

ISU 7 :

Tegas Citra, Azmi dan Yusof merupakan mantan pegawai JPPS yang pernah bertugas di Sabah sebelum Jabatan berkenaan dimansuhkan atas bantahan kuat daripada Kontraktor Pro-UMNO sehingga diambilalih oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.

Komen : Setiap pegawai kerajaan harus menurut perintah di mana dia ditugaskan atau dipindahkan. Pernyataan ini tidak berkaitan dengan Tajuk Di atas.

ISU 8 :

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan yang telus berhubung pemilihan tender berkenaan agar tidak diberikan kepada kroni dan proksi menteri atau pemimpin tertentu yang mencari modal sebagai persediaan untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Komen : Setiap tender akan dianalisis dengan cermat dan teratur. Analisis bukan dibuat dalam tempoh yang singkat. Pernyataan ini tidak berkaitan dengan Tajuk Di atas.

ISU 9 :

“Siasatan tersebut tidak sahaja tertumpu kepada Skandal Variation Order, malah bagaimana Azmi boleh dilantik sebagai Juruperunding Penyelia Projek KKLW sedangkan beliau mempunyai rekod yang buruk sebelum ini,” kata Citra yang mendesak agar Menteri KKLW meletakkan jawatan sekiranya gagal membersihkan KKLW daripada sampah sarap JPPS.

Komen : Tugas menteri lebih terarah kepada bagaimana hendak menaiktaraf kemudahan asas dan sosioekonomi penduduk luar bandar. Saya berterima kasih kepada Menteri KKLW walaupun tidak pernah bertemu dengan beliau kerana telah berusaha menaiktaraf bekalan air besih, jaringan jalanraya dan bekalan elektrik sehingga dipelusuk negeri Sabah ini.

ISU 10 :

Dalam hal ini, kata Citra, Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Ibrahim Bin Mohamad sewajarnya bertanggung jawab kerana beliau sebagai Pegawai Pengawal Kewangan KKLW kerana berlaku kebocoran yang begitu ketara kerana harga projek dinaikkan sehingga 70 peratus daripada kos kontrak sebenar.

Komen : Ini satu pernyataan tanpa bukti.

Salam Hormat,

KANCIL PERAK.

(NOTA : Saya tidak menyokong mana-mana parti politik, yang bertungkus lumus terlibat secara tidak langsung menyediakan puluhan set dokumen tender (terbuka), menganalisis tender siang dan malam selama beberapa hari tanpa niat memberikan kepada kroni sesiapa. Yang ikhlas ingin memberi sumbangan kepada masyarakat kampung yang tiada bekalan air, jalan dan elektrik. )

9 comments:

  1. KKLW pun banyak sumbangannya kepada negeri Sabah ba...jgn la ba tuduh sembarangan saja ok??

    ReplyDelete
  2. Bukan senang mahu kasi puas hati semua orang kan.

    ReplyDelete
  3. jadi, sebarang dakwaan yang dibuat haruslah berasas dan dengan bukti sekali.

    ReplyDelete
  4. Makanya bila membuat penyataan atau pertuduhan, biarlah berasas dan disertakan dengan bukti.

    ReplyDelete
  5. bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. setiap rakyat perlu membuat penilaian dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. Hope that the people can be understanding.

    ReplyDelete
  7. Manusia bila diberikan itu ini, pasti tidak cukup mahu juga yang lain lagi.

    ReplyDelete
  8. kebanyakkan dakwaan diatas adalah tidak berasas. tapi hal seperti ini dah menjadi lumrah. setiap projek mesti ada pihak yang tidak puas hati.

    ReplyDelete
  9. mungkin lebih banyak manfaatnya jika pihak yang melemparkan tuduhan kepada KKLW ini turun kemana2 kawasan di negeri ini untuk mencari apa2 kekurangan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak KKLW..

    ReplyDelete