Friday 1 July 2011

HADI AWANG ‘BERALIH ANGIN’ KE PENSIANGAN



Oleh : MEDIA PAS

YDP Pas Pensiangan, Hisammuddin Hj.Sulaiman dan rakyat Pensiangan Sabah mengalu-alukan kedatangan Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah pada 5 Julai 2011 ini.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) itu dijangka akan membuat lawatan kerja selama 2 hari ke Sabah bermula 4 Julai-5 Julai 2011.

Lawatan kerja Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah akan memberikan impak besar buat rakyat yang selama ini hanya melihat dan menonton Presiden Pas itu dalam internet dan media sahaja.

“Kami amat menunggu Tuan Guru datang ke tempat kami. Penduduk kampung rasa sangat bertuah dan teruja untuk tengok Tuan Guru,” luah Abdul Hairun, seorang Ketua Cawangan Pas Batu Lugiyan.

Parlimen Pensiangan menjadi tempat pertama di luar Semenanjung Malaysia bagi Presiden Pas membuat lawatan kerja setelah selesai Muktamar Pas Pusat kali ke-57 baru-baru ini. Difahamkan turut bersama Presiden akan diiringi AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman.

Jesteru itu, pada 5 Julai itu, ceramah isu semasa akan diadakan di Hotel Juta Keningau, jam 8.30 malam dan orang ramai boleh masuk secara percuma. Ceramah itu akan turut dimeriahkan oleh ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

9 comments:

  1. Aihhh, kenapa tidak datang terus ke pensiangan? nama saja lawatan kerja ke Pensiangan, tapi ceramah buat di hotel juta keningau pula...bingung2....

    ReplyDelete
  2. PRU-13 akan diadakan tidak lama lagi. Kedatangan Hadi Awang pasti soal politik dan pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat datang ke Sabah kepada Hadi Awang.

    ReplyDelete
  4. Startegi PAS untuk PRU 13 akan datang. Pemimpin2 atasan sudah mula untuk mendekati ahli2 mereka.

    ReplyDelete
  5. tunggu dan lihat sajalah sama ada ceramah itu nanti akan mendapat sambutan atau tidak.

    ReplyDelete
  6. Hope that Hadi Awang's visit can be fruitful.

    ReplyDelete
  7. Betul juga..Kenapa tidak masuk ke pensiangan memberikan ceramah kenapa perlu di hotel Juta? Kita boleh lihat sendiri seorang pemimpin dengan kesanggupan untuk membantu rakyat. Sekirannya benar Presiden PAS mementingkan rakyat pasti dia kan masuk melawat penduduk di Pensiangan.

    ReplyDelete
  8. nampaknya persiangan dah menjadi sasaran PAS.

    ReplyDelete
  9. walau apapun makna disebalik impak besar hasil dari lawatan Presiden PAS ini, saya harap ianya bukan mengajak rakyat Sabah menyokong atau menyertai perhimpunan Bersih.. good luck!

    ReplyDelete