Friday, 15 July 2011

GSTT BUKAN MODAL TAMBAH PEMBANGKANG



IMBAS KEMBALI… Pemuda Umno Tenom memainkan peranan penting dalam isu penyambungan kontrak GSTT di Sabah. Jamawi Jaafar (kanan sekali) bersama- Pengerusi Jawatankuasa GSTT Sabah, Norman Lantayan, menyerahkan memorandum rayuan sambungan perkhidmatan kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Yusuf Haniff untuk diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

ISU penyambungan kontrak seramai 578 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah dapat diselasaikan secara berperingkat-peringkat setelah kumpulan pertama seramai 170 orang telah pun menerima surat tawaran penyambungan kontrak dan mula bertugas pada rabu lepas.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya yang terawal membangkitkan isu ini, merakamkan berterima kasih atas komitmen serta tindakan yang diambil Jabatan pelajaran Sabah yang menyelesaikan isu ini secara saksama.

“Saya difahamkan, dari jumlah mereka yang disambung perkhidmatan ini adalah terdiri dari GSTT yang telah berkhidmat lebih dua tahun dan bakinya, saya difahamkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menawarkan Kursus Penguruan Lepas Ijazah (KPLI) khas yang dijangka dalam November tahun ini dan Januari tahun depan bagi GSST dari Sabah,” katanya ketika ditemui di Tenom bagi mengulas isu penyambungan GSTT di Sabah yang sebelum ini menjadi isu hangat.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom juga turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran, khususnya kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin yang prihatin dan peka terhadap nasib GSTT di seluruh negara melalui langkah proaktif bagi menangani isu ini.

“Walaupun dilihat agak lewat sedikit kerana beberapa peraturan perlu dimbil kira, namun kerajaan telah mengotakan janjinya yang tidak boleh dijadikan modal tambah pembangkang,” kata Jamawi.

Sehubungan itu, Jamawi berharap proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat diteruskan, khususnya di beberapa buah sekolah di kawasan yang mengalami masalah kekurangan guru sebelum ini.

“Saya berharap mereka (GSTT) yang telah menerima surat tawaran penyambungan kontrak, sedia memikul tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan; meskipun sebahagiannya terpaksa di tugaskan ke sekolah di luar bandar. Mereka perlu anggap ini satu tugas dan amanah demi untuk mendidik anak bangsa sendiri,” tegas Jamawi.

10 comments:

  1. Its good to know that a part of those GSTT had already received their offer letter to continue their service in the education sector.

    ReplyDelete
  2. mana GSTT pelru diteruskan perkhidmatannya.

    ReplyDelete
  3. harap isu ini segera diselesaikan. Sabah masih mengalami kekurangan guru dan inilah masanya untuk mengisi kekurangan tersebut,bukan membawa masuk guru dari Semenanjung.

    ReplyDelete
  4. harap GSTT yang telah menerima surat tawaran penyambungan kontrak akan sentiasa menjalankan tugas dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  5. semoga masalah kekurangan guru di Sabah ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  6. khususnya di luar bandar..

    ReplyDelete
  7. Baguslah bah, at least isu kekurangan guru sedikit sebanyak dapat diatasi.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya Pembangkang sengaja menjadikan ini isu kerana ramai GSTT adalah pengundi BN maka jika Pembangkang dapat menyelesaikan masalah GSTT mereka yakin akan mendapat sokongan dari mereka ini.

    ReplyDelete
  9. kalau isu ini dapat ditangani lebih awal, pembangkang tidak akan berpeluang menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka..

    teruskan usaha dan perbaiki kelemahan..

    ReplyDelete