Friday, 15 July 2011

KAUNSELOR MPS BOLOT GERAI RAMADAN?



Oleh: MEDIA PAS

PAS Sabah telah menulis surat kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, menuntut penjelasan berhubung aduan orang ramai yang berminat untuk menyewa lot-lot perniagaan ‘Gerai Ramadhan’; tetapi telah dibolot oleh individu tertentu yang menduduki jawatan sebagai Ahli Majlis (Councillors).

Dalam aduan beberapa orang yang telah berjumpa sendiri dengan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Hj. Hamzah Abdullah, gerai-gerai Ramadhan yang disediakan oleh pihak Majlis dikawasan berhadapan Centre Point Mall dan Gentingmas Mall yang sepatutnya ditender secara terbuka, didakwa telah dibolot oleh individu tertentu dari kalangan Ahli Majlis.

Ahli Majlis yang mendapat gerai tersebut, kata Hamzah, kemudiannya menyembelih peniaga yang berminat dengan mengenakan dengan kadar sewa RM5,000 ke atas sepanjang bulan Ramadhan atau RM166 sehari!

Pengadu mengandaikan, jika individu dari kalangan Ahli Majlis ini membolot 3 lot Gerai Ramadhan, bayangkan berapa banyak wang yang dikaut dari peniaga gerai yang pendapatan sehariannya tidak seberapa?

Sehubungan itu, kata Hamzah, orang ramai menyarankan agar Majlis Perbandaran Sandakan mencontohi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang mengenakan kadar sewa Gerai Ramadhan sekitar RM120 sepanjang bulan Ramadhan.

9 comments:

  1. Boycott the stalls. Don't rent or attend the event.

    ReplyDelete
  2. harap perkara ini segera disiasat.

    ReplyDelete
  3. kadar sewa tu biarlah berpatutan dan jgn terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  4. Sudahlah gerai ramadan, mahu dibolot juga semuanya. huhu

    ReplyDelete
  5. Semoga perkara ini dapat disiasat dan diselesaikan segera. Rasanya tak lama lagti puasa da ni. hehe

    ReplyDelete
  6. harap penyelesaian akan dapat dilakukan secepat mungkin kerana bulan puasa sudah hampir tiba..

    ReplyDelete
  7. Berikanlah kepada orang yang memerlukan gerai ramadan ini.

    ReplyDelete
  8. cari tapak lain yang lebih murah atau jangan buka langsung Gerai Ramadhan sebagai protes terhadap tindakan pihak tertentu menekan para peniaga..

    ReplyDelete