Oleh: GONOD SUNDA
LAWATAN sulung Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak ke Daerah Kecil Kemabong pada kelmarin selepas menjadi Perdana Menteri Ke-6, disifatkan banyak pihak, khususnya rakyat Kemabong sebagai ‘Misi Menghancurkan Harapan Rakyat Kemabong’ kerana impian mereka (rakyat) untuk menolak pemberian Geran Komunal sudah hancur lebur menjadi debu.
Apa tidaknya, jikalau Perdana Menteri sudah mengesahkan bahawa hanya Geran Komunal sahaja yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanah NCR yang suatu ketika dahulu menjadi kontroversi kerana berada dalam kawasan Hutan Simpan.
Mereka hanya berkesempatan bergembira seketika selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak pensabitan bersalah 6 penduduk Kg Imahit kerana dituduh menceroboh kawasan Hutan Simpan oleh Mahkamah Majistret Tenom beberapa bulan lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan ke enam-enam tertuduh itu mendapati bahawa tanah yang mereka terokai dan duduki adalah hak mutlak mereka sebagai tanah adat atau NCR.
Beberapa bulan selepas itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pula mengumumkan bahawa semua tanah-tanah NCR yang berada dalam kawasan Hutan Simpan akan dikeluarkan menjadi ‘State Land’ sebelum diberi kepada penduduk kampung yang berhak, dengan syarat berstatus Geran Komunal.
Titik tolak daripada pengumuman itu, mulalah penduduk kampong, khususnya di kawasan yang terlibat dengan bekas NCR berpaling muka sesama mereka dan bertanya sesama sendiri adakah Geran Komunal itu selamat bagi mereka atau terlepas dari mulut buaya, termasuk ke mulut naga!
Lantaran itu, ketibaan Najib ke Kemabong dalam siri lawatan kerjanya dengan hanya membawa ole-ole ‘Siput Gondang Emas’ iaitu mengumumkan peruntukan sejumlah RM5.8 juta sahaja iaitu masing-masing bagi Pembinaan Rumah Panjang/Rumah Kebudayaan sebanyak RM3 juta dan membaikpulih jalanraya sebanyak RM2.8 juta.
Senario ini jelas bahawa urusan sebenar PM bukanlah untuk memberi peruntukan pembangunan, tetapi lebih tepat lagi sekadar membantu Wakil Rakyat Kemabong untuk memberitahu rakyat bahawa Geran Komunal tetap dilaksanakan.
“Bolehkah sejumlah peruntukan yang diumumkan itu mampu menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan di sini, terutama jalanraya kerana 70 peratus daripadanya mengalami kerosakan teruk,” tanya Palipus Ampasu (Gambar), 50, penduduk Kg Kabintalan, Rundum.
Dalam ucapan Najib, kata Palipus, kenapa berulang kali tanya hadirin yang hanya lebih kurang 10 ribu orang dengan tempekan suara bertanya, “Bolehkah BN menang? Tapi jawapan sinis saja daripada hadirin; “Bollleeehhhh?”
“Apa sebabnya itu? Tahu sama tahu sahajalah kerana mungkin juga Najib selaku PM kerajaan BN adalah yang terakhir ketika ini,” tambah Palipus lagi.
Ramai rakyat Kemabong yang kecewa apabila secara tiba-tiba PM mengumumkan pemberian Geran Komunal itu, sedangkan mereka masih menunggu rayuan yang difahamkan masih berada di tangan SUHAKAM.
Sepatutnya Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang bertindak lebih rasional sebelum sesuatu keputusan mutlak terhadap perkara tersebut dengan mendahulukan hak rakyat yang menuntut tanah NCR.
Majlis tersebut turut mengimbau nostalgia pemimpin terdahulu yang pernah berjasa kepada rakyat diKemabong kelihatan hadir bersama membantu Datuk Rubin Balang mengalu-alukan kedatangan Najib seperti mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, mantan Timbalan Ketua Menteri era kerajaan USNO Tan Sri Herman Luping, mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Osu Sukam dan mantan Timbalan Presiden SAPP Datuk Tham Nyip Shen.
geran komunal juga baik, ia dpt menjaga tanah tersebut dari dirampas piha luar.
ReplyDeleteBanyak yang masih belum faham akan geran komunal ini. Diharap ada inisiatif diambil untk menerangkannya kepada penduduk.
ReplyDeletePihak tertentu akan mengambil peluang untuk memutar belitkan fakta. Penduduk kampung amnya harus berhati-hati dengan teknik pihak ini. Kena bijak menilai.
ReplyDeleteHarap geran ini memberikan makna yang baik kepada mereka.
ReplyDeleteNampaknya penduduk memang tidak bersetuju dengan geran komunal ni. saya pasti mereka sudah diberikan penjelasan.
ReplyDeletemungkin jika pemilikan tanah tersebut diberikan secara persendirian penduduk pasti akan berfikir untuk menerimanya. mungkin juga penduduk takut tertipu kerana telah banyak kes tanah di Sabah yang telah diambil oleh orang luar.
ReplyDeleteEntahlah susah mahu cakap sebab semuanya bergantung pada penilaian masing2. Tapi bagi saya geran komunal ni mmg ada pros & cons nya.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap semuanya OK.
ReplyDeletegeran komunal ini sebenarnya baik kerana dapat mengelakkan tanah daripada dijual.
ReplyDeleteGood luck to the Murut folks.
ReplyDeletebolehkah Palipus bagi jaminan sekiranya kerajaan membatalkan geran komunal ini, tidak akan ada seorangpun penduduk kampung menjualkan tanah mereka kepada orang luar??
ReplyDeletemungkin penduduk kampung ada yang mahu menjualkan tanah mereka kepada orang luar itu sebab status geran komunal ini tidak dipersetujui mereka.
ReplyDelete