Friday, 15 July 2011

JANGAN JADIKAN SABAH LITTLE MEXICO!



Saudara Pengarang,

VIDEO produksi Sabahkini.TV terbaru bertajuk ‘IKAN KE DARAT, MANUSIA KE KUBUR!’ yang dimuatkan ke Youtube adalah kerja murni media baru dan sewajarnya menjadi contoh kepada laman web lain, termasuk media Perdana untuk menghasilkan filem dokumentari bagi menyedarkan pengguna tanpa mementingkan komersil.

Sebagai Juruperunding Bebas Alam Sekitar, saya telah membuat kajian di beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat kerana di sana (USA) tempat pembuangan bateri plumbum terpakai ialah Mexico. Oleh kerana itu, kebanyakan negara Amerika Selatan (contohnya Venezuela dan Mexico sendiri) tidak gemar jika disebut hubungan antara USA dengan negara mereka.

Jadi, Sabah bolehlah diumpamakan sebagai Mexico; tempat pembuangan bateri plumbum. Sebuah NGO yang saya kenali sebahagian ahli-ahlinya iaitu OKI (Occupational Knowledge International) di USA sendiri dengan kerjasama Froteras Comunes, sebuah lagi NGO di Mexico, telah giat menjalankan kajian untuk mencegah USA dari terus 'melupuskan bateri plumbum terpakai' di Mexico.

Kajian tersebut baru sahaja siap dan InsyaAllah, akan saya kongsikan bersama agar kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan dengan seberapa segera di negara kita.

Tujuan USA melakukan tindakan sedemikian ialah kerana kos kitar semula di Mexico sangat murah, tapi itu hanya alasan atau dakwaan liar’ tetapi sebenarnya teknologi dan undang-undang alam sekitar di Mexico tidak pula diperhatikan.

Maka mereka (rakyat Mexico) yang bekerja di 'kawasan kitar semula' pula yang terdedah kepada bahaya radiasi plumbum; sebagaimana nasib 400 kanak-kanak yang meninggal dunia di Afrika akibat pendedahan secara tidak langsung kepada plumbum.

Setiap bateri plumbum mempunyai lebih 10 kilogram plumbum, asid sulfurik dan plastik. Bayangkan kalau lebih dari satu bateri?

Plumbum boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf (nervous system), buah pinggang dan yang pastinya, merencatkan tahap kesuburan, tidak kira lelaki atau wanita. Sesiapa sahaja yang terdedah pada toksin ini secara bertahap tinggi, yang pastinya kerosakan pada otak akan berlaku dan akhirnya kematian.

Percayakah anda, bahawa kini seramai 120 juta manusia yang terdedah pada plumbum dan 99% darinya adalah di negara membangun? (Kalau kajian WHO ini bohong, maka bohonglah saya.)

Negara kecil, terutamanya kurang membangun ini sudah jadi seperti orang ‘bodoh’ kerana diperbodohkan oleh negara maju. Adakah benar konspirasi Illuminati ini melibatkan kematian secara besar-besaran pada tahun 2012 atau adakah ini sebahagian daripadanya?

Bayangkan di Mexico terdapat 236,746,892 kilogram toksin plumbum dihantar oleh USA (112% kenaikan dari tahun 2010). Malangnya, akibat rasuah, pihak berkuasa Mexico pula hanya membutakan mata mereka; apatah lagi ada sanggup yang membuat ralatizin dalam emisi plumbum ke udara? Entahlah, mungkin kerana mereka terlalu cerdik atau didungukan oleh kesan plumbum.

Jika ralatizin di Mexico ini dibenarkan, mengikut kajian saya, ini bermakna, emisi adalah 10 kali ganda dari apa yang dibenarkan oleh USA untuk kilang kitar semula mereka. Jadi siapa yang terkena sebenarnya?

Tetapi kerana Mexico tidak begitu tegas dalam undang-undang alam sekitarnya, bukan 10 kali ganda sahaja (kata wakil OKI kepada saya) malah 20 kali ganda. Ini bersamaan dengan keracunan darah akibat terdedah pada plumbum sebanyak 5 kali ganda dari pekerja loji di USA.

Perlu diingat, plumbum mempunyai kitar hayat yang terlalu lama iaitu satu juta tahun. Berapa generasi akan menderita di atas kesilapan yang kita buat dengan membiarkan penggunaan bateri plumbum kerana bangga dengan dosa-dosa menodai bumi kita alasan ‘Demi Untuk Pembangunan’?

Jadi saya teramat bimbang, jika Sabah mengalami nasib yang sama, tetapi didoakan tidaklah begitu. Kita sudah lihat akibat di Mexico, harap kita boleh cegah dengan segera tetapi saya berharap pemimpin Sabah terutama Ketua Menteri serta Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar tidak mengizinkan Sabah dijadikan sebagai Little Mexico oleh mereka yang kering hati!

Salam Hormat,

NIK ZAFRI ABDUL MAJID

Juru Perunding Keselamatan Alam Sekitar

9 comments:

  1. Hope that the government will stop using Lead for power generating.

    ReplyDelete
  2. jgn jadikan Sabah mnjadi tempat pembuangan bahan merbahaya.

    ReplyDelete
  3. lebih baik cari alternatif lain. bateri plumbum membawa kepada kesan negatif jangka panjang.fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya jika mencari alternatif lain yang lebih selamat dan tidak menjejaskan alam sekitar.

    ReplyDelete
  5. hope this is not happening in Sabah.

    ReplyDelete
  6. Sabah hanya perlu jadi Sabah kerana Sabah adalah yang terbaik!!

    ReplyDelete
  7. Semoga Sabah dijauhkan daripada perkara2 yang kurang baik.

    ReplyDelete
  8. Sebaiknya katakan tidak kepada plumbum. Kerana penggunaan plumbum ini dapat menghacurkan kehidupan kita. Janganlan mencari jalan mudah tapi membebani rakyat.

    ReplyDelete
  9. semua pemimpin tempatan Sabah tidak kira dari parti mana sekalipun perlu berganding bahu menghentikan amalan menjadikan Sabah sebagai tempat pelupusan plumbum..

    semakin banyak maklumat seperti ini disajikan kepada rakyat, semakin hilang sokongan rakyat terhadap kerajaan.. beringat la sebelum terlambat..

    ReplyDelete