Friday, 15 July 2011

SAYONARA 8 AGENSI PENGUATKUASA MARITIM!



Saudara Pengarang,

POLIS Malaysia diwujudkan pada tahun 1807 sehingga kini. Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad, telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.

Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama 'Polis Diraja Persekutuan' atau 'The Royal Federation of Malayan Police' dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Setelah berkhidmat selama 151 tahun, barulah dianugerahkan gelaran 'Diraja'. Bukannya enam (6) tahun seperti penubuhan APMM. Kenapa terlalu cepat?. Tolong kaji perkara ini kerana warga PGM, PDRM, KASTAM, MARIN, PERIKANAN dan sebagainya di seluruh Malaysia; merasa seolah-olah jasa perkhidmatan kami dilenyapkan terus setelah penubuhan APMM.

Semua aset diserahkan kepada agensi baru supaya dapat menjadi 'tunggal' di laut. Kami tidak membantah kerajaan ingin tubuh apa juga jabatan atau agensi baru; tetapi jangan lupakan jabatan yang telah lama berkhidmat berjasa. Sekurang-kurangnya perasaan dan nostalgia mereka harus dijaga.

Salam Hormat,

MANGSA BIROKRASI

8 comments:

  1. Those who has serviced the country should be acknowledged.

    ReplyDelete
  2. anugerah diberikan berdasarkan kualiti perkhidmtan mereka.

    ReplyDelete
  3. 8 agensi tu sebenarnya masih diperlukan. jangan merasa dipinggirkan.

    ReplyDelete
  4. semua agensi itu penting dan sentiasa diperlukan..

    ReplyDelete
  5. Tak kisahlah, apa yang penting amanah dan t/jawab dijalankan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. So all the best. Fokus pada kerja dulu barulah fikir hal lain.

    ReplyDelete
  7. Janganlah cuba untuk memburukkan mana-mana agensi. Semua ada peranan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. ada baiknya kelapan2 agensi penguasa maritim ini berkerjasama dengan APMM.. tidak perlu rasa dipinggirkan atau sebaliknya.. anggap la kemunculan APMM ini akan menguatkan lagi kerja2 penguatkuasaan Maritim..

    ReplyDelete