Monday, 11 July 2011

PENDAFTARAN PATI DITANGGUH LAGI



PROSES pendaftaran besar-besaran pendatang asing bagi ‘Program 6P’ yang sepatutnya bermula Isnin telah ditangguhkan kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum berpuas hati dengan tahap persediaannya.

"Walaupun (perancangan) berada di tahap yang bagus tapi belum sampai tahap yang puaskan hati saya sendiri.

"Oleh itu, saya harap apabila kita nak mulakan program 6P ini, semua yang terlibat termasuk pekerja asing, majikan dan pihak negara ketiga telahpun tersusun supaya tidak berlaku kekangan bila kita nak mulakan operasi nanti," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Hishammuddin berkata program 6P itu mungkin dapat dilaksanakan tidak lama lagi sekiranya semuanya mengikut perancangan.

"Mereka mesti yakinkan kepada saya sendiri dan akhirnya saya terpaksa yakinkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semuanya sudah disusun dan tidak ada masalah bila kita laksanakan nanti," katanya.

Muhyiddin pada 22 Jun lepas berkata kerajaan akan melaksanakan proses pendaftaran besar-besaran bermula 11 Julai ini bagi merekodkan jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia.

"Saya percaya dari segi sistem biometrik tak ada masalah. Saya juga berharap bahawa isu-isu yang berkaitan dengan kementerian-kementerian yang bertanggungjawab antaranya perladangan, kesihatan, pelancongan dan pembantu rumah, mereka memahami proses dan kaedah yang kita lakukan," kata Hishammuddin.

Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu. (BERNAMA)

16 comments:

  1. Better reconsider this 6P program.

    ReplyDelete
  2. puaskan hati sendiri? yang perlu dipuaskan hati adalah rakyat bukan menteri..menteri kuli rakyat..

    ReplyDelete
  3. tujuan hanyalah untuk mengumpul data, bukannya menghapuskan terus PATI dan dalang2 nya..jika diperhatikan, setiap kali isu PATI dibangkitkan, apa yang dilakukan hanya pengumpulan data..apakah kerajaan terlalu lemah sehinggakan tiada tindakan agresif dilakukan?

    ReplyDelete
  4. .."Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu."..

    bagaimana dengan isu pemberian MyKad kepada PATI di sabah?

    ReplyDelete
  5. kalau boleh, hantar saja mereka balik ke negara asal mereka. kalau terlalu bertolak ansur dengan warga asing ni, lama kelamaan mereka akan pijak kepala kita pula.

    ReplyDelete
  6. adakah pihak negara ketiga akan bekerjasama dalam program 6P ni terutamanya negara Filipina?

    ReplyDelete
  7. kena pastikan segala persediaan mencukupi sebelum program ini dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. Deport them back to their country of origin, I think that's the only choice to control the influx of ilegal immigrants into this state.

    ReplyDelete
  9. Harap masalah PATI dapat ditangani. Sudah terlalu lama masalah PATI ini menjadi 'penyakit kronik'.

    ReplyDelete
  10. Atasi masalah PATI sepertimana kerajaan menentang Bersih.

    ReplyDelete
  11. Bikin hairan ni.. Nda pandai hbs2 ni masalah.

    ReplyDelete
  12. Apapun, harap isu ni dapat ditanggani sebaik mungki.

    ReplyDelete
  13. aduh, bilalah masalah PATI ini dapat diselesaikan..

    ReplyDelete
  14. lakukanlah persediaan dan lakukan program ini dengan bersungguh-sungguh. masalah pati sudah lama berlaku, harap masalah ini akan dapat ditangani.

    ReplyDelete
  15. pastikan program ini adalah program yang terakhir.. maksudnya selepas ini tidak ada lagi isu PATI di negara ini yang perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  16. Kalau asyik ditangguh bilalah mahu selesai perkara ini. Ibarat masalah ini cuma mainan untuk mereka. Tapi rakyat yang merana dengan kehadiran mereka ini.

    ReplyDelete