Tuesday, 12 July 2011

3,459 BERDEBAR MENANTI KELULUSAN E-KASIH


TAKLIMAT……. FARIDAH sedang menyampaikan taklimatnya mengenai Program E Kasih di hadapan 100 orang pemohon Kg Gas baru.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 3,459 orang yang berdaftar di bawah program E-Kasih di seluruh Sandakan masih lagi dalam peringkat saringan bagi menentusahkan kelayakan mereka sebelum satu keputusan muktamad dibuat.

Semua borang permohonan yang diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, akan di hantar ke Jabatan Pembangunan Negeri Sabah sebelum pemantuan dan temuduga bersemuka dilakukan untuk menyiasat latar belakang pemohon.

“Setiap permohonan yang dikemukakan bukanlah satu jaminan bahawa permohonan anda diluluskan,” tambah Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giua dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net selama hampir 30 minit sebelum menghadiri majlis Taklimat kepada 100 orang pemohon E Kasih di Kampung Gas Baru, Batu Sapi, kelmarin.

Faridah menjelaskan, program E-Kasih yang diwujudkan bertujuan untuk membantu tiga kategori masyarakat iaitu Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin.

KHUSYUK....Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis taklimat itu begitu khusyuk mendengar penjelasan daripada Faridah.

Katanya lagi, antara syarat untuk memohon program E-Kasih ini ialah mereka yang berpendapatan kasar sebulan antara RM1,500 ke bawah bagi kategori Mudah Miskin, RM970 bagi kategori Miskin dan RM540 bagi kategori Miskin Tegar.

Faridah turut menyangkal dakwaan daripada segelintir pemohon yang rasa tidak puas hati kerana terlalu lama menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan mendakwa kononnya berlaku keciciran dan wujud birokrasi.

“Dakwaan ini tidak berasas. Proses kelulusan mengambil masa kerana Kerajaan wajib mempastikan mereka yang benar layak tidak tercicir dan segala sangka buruk berkenaan hanya berniat jahat; semata-mata untuk memperkecilkan hasrat murni kerajaan membantu mereka yang memerlukan,” kata Faridah meminta pemohon supaya bersabar menunggu kelulusan permohonan mereka.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perikanan, Charles Francis dalam taklimatnya menjelaskan para nelayan yang telah dikategorikan sebagai Miskin, layak mendapat bantuan berupa pakej alat-alat kelengkapan nelayan daripada Jabatan Perikanan.

Kata Charles lagi, Jabatan Perikanan memang prihatin terhadap nelayan sara diri untuk mendapatkan bantuan alat-alat kelengkapan nelayan seperti enjin, perahu, pukat dan sebagainya; tetapi harus melalui proses saringan yang rigid dan melibatkan beberapa jabatan.

14 comments:

  1. Hope that the E-Kasih program will help the needy.

    ReplyDelete
  2. bagaimana program E-Kasih ini akan dapat membantu mereka yang miskin mendapat kualiti hidup yang lebih baik? jika setakat diberi PPRT tidak akan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan..

    ReplyDelete
  3. mereka yang miskin ini harus dikategorikan kepada ibu/bapa tunggal, OKU, warga emas dan lain2 yang difikirkan perlu..dan setiap kategori ini memerlukan pendekatan yang berbeza dalam usaha membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan..

    ReplyDelete
  4. apa2 pun, diharap program E-Kasih ini bukanlah hanya satu retorik atau suaka politik kepada rakyat tetapi biarlah program ini dilaksanakan bersungguh-sungguh tanpa terlibat dalam mana2 agenda politik.

    ReplyDelete
  5. diharap penerima e-kasih adalah di kalangan yang benar2layak dan tergolong dalam mudah miskin, miskin dan miskin tegar. kadang-kadang butiran peribadi yang diberikan tidak tepat dan kerajaan perlu memastikannya.

    ReplyDelete
  6. program E-Kasih adalah untuk membantu golongan miskin. diharap para pemohon sabar menunggu.

    ReplyDelete
  7. semoga program ini benar-benar berkesan dan tidak terjadinya penyelewangan dari pihak tertentu.

    ReplyDelete
  8. Harapan mereka sangat besar, harap tidak dikecewakan. Salurkan bantuan kepada mereka yang layak dan memerlukan.

    ReplyDelete
  9. Pastikan mereka yang memohon ini melengkapkan maklumat dengan betul. Sebarang kesilapan mungkin boleh menyebabkan mereka tercicir.

    ReplyDelete
  10. Harap permohonan yang benar-benar layak saja diluluskan.

    ReplyDelete
  11. Semoga program ini dapat membantu rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  12. harap mereka yang benar-benar layak akan mendapat e-kasih.

    ReplyDelete
  13. seramai 3,459 orang yang berdaftar dibawah program ini pasti terdiri dari golongan2 yang amat memerlukan bantuan.. mungkin lebih baik jika semua yang mendaftar ini diberikan bantuan melainkan ada diantara mereka yang tidak memenuhi syarat asas yang ditetapkan oleh program ini.

    ReplyDelete
  14. Apa pun kelulusan adalah mengikut prosuder yang ditetapkan. Tapisan satu demi satu akan dilaksanakan.

    ReplyDelete