Thursday, 14 July 2011

PENIAGA BANTAH KENAIKAN TARIF ELEKTRIK 15 %




SERAH....Chang menyerahkan surat bantahan tersebut kepada Charles Chin.

Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 6 orang peniaga yang mewakil berpuluh-puluh peniaga Daerah Sandakan yang diketuai oleh Wartawan Sabahkini.net/Aktivis Masyarakat, Chang Shak Hung telah menyerah satu Memorandum Bantahan bagi memprotes kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuatkuasa pada 15 Julai ini di Sabah dan Sarawak

Upacara penyerahan Memorandum Bantahan tersebut diadakan di pejabat Ahli Parlimen Sandakan dan diterima oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Charles Chin, petang kelmarin petang bagi pihak Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan).

Katanya, tindakan pihak kerajaan, khususnya pihak SESB menaikan Kadar Tarif 15 peratus benar-benar membeban rakyat terutama sekali golongan para peniaga yang membabitkan perhotelan, perkilangan, bengkel, pusat hiburan dan serta orang perseorangan yang kurang berkemampuan.

Menurut Chang, pada tahun 2011 ini sahaja, sudah beberapa kali kerajaan menaikkan harga minyak, gula dan kini tarif eletrik. Mujur kenaikan bil Astro dihadang kerana bantahan ramai.

Semua tindakan yang tidak popular ini, kata Chang, menyebabkan rakyat Sabah terhimpit dalam kemiskinan dan mula marah kerana Kerajaan BN gagal menjaga kebajikan rakyat dan memenuhi janji mereka sejak Manifesto Pilihanraya 1994 sehingga 2008.

Memorandum Bantahan tersebut, kata Chang terpaksa diserahkan kerana rakyat Sabah sudah muak denga janji BN untuk mengatasi masalah bekalan elektrik yang meruncing di Sandakan; kini mereka dihukum dengan kenaikan tariff elektrik 15 peratus; satu beban yang terlalu berat untuk dipikul rakyat ketika ekonomi Sabah condong kepada kapitalis tetapi menyiksa rakyat biasa.

“Pengstrukturan semula tarif elektrik di Sabah seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui akan amat mengecewakan dan langsung tidak menodai slogan; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” kata Chang dengan nada kesal.

SIDANG……Perbincangan dari hati ke hati antara Wakil Peniaga dengan Charles Chin dan Chang Shak Hung mengenai isu kenaikan tarif elektrik.

Memorandum Bantahan itu juga kata Chang, mereka turut mendesak agar Ahli Parlimen Sandakan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Hj Abdul Razak campurtangan untuk menangguhkan hasrat menaikan kadar 15% tarif elektrik di Sabah kerana disifatkan menyiksa rakyat.

Sewajarnya kata Chang, pulih dahulu bekalan elektrik di Sandakan sebagai yang terburuk di Asia sejak 1994 sebelum membuat keputusan untuk menaikkan tarif.

Walaupun SESB menganggarkan sebanyak 75% atau 275,000 pengguna tidak akan terjejas hasil daripada pengstrukturan ini, namun akan memberi impak kenaikan kepada 25 % pengguna yang lain; di samping tiada jaminan yang 75% pengguna terbabit tidak akan dipindahkan kos sampingan akibat kenaikan tarif tersebut.

Memorandum Bantahan yang disediakan oleh Chang Shak Hung juga menyebut; “Pengurangan 74% harga yang diberikan diberikan kepada pihak Kerajaan Tempatan untuk mengindahkan bandar, kempen kebersihan dan perkhidmatan lain kepada orang awam, namun pengurangan ini secara langsung membebankan rakyat memandangkan kerajaan tempatan telah mengutip 20 sen daripada orang awam yang menggunakan beg plastik untuk tujuan kegiatan yang berkaitan dengan alam sekitar.”

Dalam pada itu, kata Chang, pengusaha komersial untuk kategori ‘Low Valtage Commercial’ yang merangkumi kira-kira 33%; serta pengusaha industri untuk kategori ‘Low Voltage Industry’ sebanyak 39% akan berhadapan dengan kos operasi yang tinggi dan secara tidak langsung juga akan mengalihkan kos berkenaan kepada pengguna.

Rakyat di Sabah, terutamanya di Sandakan merupakan pengguna yang berhemah dan langsung tidak membazirkan elektrik, tetapi dengan kenaikan kadar 15% tarif elektrik; sudah tentu senario ini akan menyusahkan 70 ribu pengguna yang bakal mengharungi kesempitan hidup.

Kata Chang lagi, sepatutnya pilihanraya umum sudah semakin hampir pihak kerajaan seharusnya berbuat baik kepada rakyat ini disebaliknya pula menyusahkan rakyat.

“Bagi mewakili masyarakat Cina di tiga DUN iaitu Elopura, Karamunting dan Tanjung Papat, kami tidak dapat menerima layanan buruk kenaikan tarif ini, tetapi dalam masa yang sama kami tidak boleh menghalang jika masyarakat Cina Sandakan mengikut jejak langkah Cina Sarawak pada pilihanraya 16 April lalu,” kata Chang yang masih meyakini Perdana Menteri akan mengkaji memorandum mereka.

Dalam pada itu, ketika ditanya Wartawan Sabahkini.Net, Charles secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan SESB berbuat demikian kerana akan menyusahkan rakyat Sabah, terutama sekali golongan miskin.

Apapun kata Chin, Memorandum Bantahan tersebut akan disampaikan terus kepada Datuk V.K Liew melalui faksimili untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment