Friday, 8 July 2011

SAMPAI BILA SPR BERJENAKA?



Saudara Pengarang,

KENYATAAN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengatakan bahawa cara yang sedia ada masih selamat dan releven (Daily Express 6 Julai), adalah satu kenyataan yang tidak tepat dan mendukacitakan rakyat Malaysia; khasnya pengundi yang menunaikan hak dan penentuan untuk memilih kerajaan.

Kenapa dakwat pengesan yang sepatutnya digunakan pada pilihanraya umum 2008 yang telahpun dipesan dan dibeli oleh kerajaan dengan tiba-tiba dihentikan; kononnya disebabkan keselamatan, walhal pihak SPR berdiam diri masa waktu tersebut dan kini diputarbelitkan; kononnya boleh mencabuli hak pengundi.

Bagi pandangan saya, yang lebih mencabuli hak ialah pengundi hilang hak disebabkan nombor kad pengenalannya telahpun diguna oleh orang lain. Sebagai contoh, Mykad bernombor 580921-12-5208 pengundi orang asing, tetapi dalam senarai JPN nombor kad pengenalan ini tidak sah. Nombor kad pengenalan Sabah H05588810 yang dimiliki oleh orang asing yang menjadi pengundi di Tambunan sebenarnya miliki bumiputera.

Begitu juga dengan nombor MyKad 770315-12-5141 yang dimiliki orang asing yang menjadi pengundi di Karambunai kerana mengikut rekod sah di JPN tidak merujuk kepada penama.

Contoh ini merupakan sebilangan kecil daripada pengundi dan masih banyak lagi pengundi 'hantu’ dalam senarai pemilih yang sengaja dibuat untuk membolehkan warga asing disewa membuang undi dalam pilihanraya yang kononnya terbersih di rantau Asia.

Penjelasan SPR bahawa mereka tiada kuasa untuk menukar tempat pengundian sangat mengecewakan kerana kenapa alamat orang asing di Papar boleh mengundi di Sepanggar dan ramai lagi yang menetap di satu kampung tetapi mengundi d daerah lain.

Begitu juga dengan kawasan sempadan daerah mengundi, tanpa sebarang penyiasatan, SPR hanya mengikut kehendak kerajaan dan bukan rakyat atau pengundi tukar sempadan pengundian. Contohnya rakyat di Pulau Sepanggar sejak dulu lagi, tetapi kerana hubungan kekeluargaan mereka rapat dengan saudara mara mereka di Likas dan Karambunai, maka mereka ditukar tempat pengundian ke Tanjung Aru tanpa pengetahuan atau permohonan mereka.

Sehubungan itu, saya menggesa agar SPR lebih telus mendengar cadangan dan keluhan rakyat agar menjadi sebuah badan bebas; yang bukan makan di rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur tetapi membuang najis di Rumah Ketua Menteri Sabah.

Salam Hormat,

YB DATUK ERIC MAJIMBUN

Ahli Parlimen Malaysia (Sepanggar-SAPP)

No comments:

Post a Comment