Sunday, 10 July 2011

SPR BARUA UMNO/BN!



Saudara Pengarang,

SPR adalah barua dan alat UMNO! Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof serta Timbalan Pengerusi, Wan Ahmad hendaklah mengakuinya secara terbuka. Sudah banyak pekung dan kudis SPR yang didedahkan di khalayak umum dan SPR hanya perlu akui bahawa SPR memang berperanan untuk memenangkan UMNO/BN walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Tan Sri Aziz berhujjah dengan mengatakan kononnya, kalau benar SPR menjadi alat dan kuda tunggangan UMNO/BN, bagaimana mungkin PR mampu memenangi banyak kerusi Parlimen serta menawan lima buah negeri pada PRU 2008.

Saya ingin patahkan hujjah beliau dengan mengatakan bahawa sepatutnya PR boleh menang sehingga 10 buah Negeri dan mampu meraih sehingga lebih 100 kerusi Parlimen.

Hujjah saya mudah, SPR adalah ibarat pengadil yang berat sebelah. Kalau diibaratkan perlawanan bolasepak, SPR telah meniup wisel dengan menuduh PR 'curi ayam' setiap kali gol dijaringkan.

Akhirnya, pasukan bolaspak PR yang sepatutnya menjaringkan 10 gol, hanya mampu diiktiraf kemenangan 5 gol sahaja dan selebihnya SPR kata bahawa pasukan PR telah 'curi ayam'.

Inilah bangsatnya, apabila mereka yang diamanahkan dengan sesuatu jawatan, tetapi telah mengkhianati amanah tersebut dan bertindak membelakangkan prinsip demokrasi. Lebih dahsyat dari itu, mereka tidak takut bahawa nantinya mereka akan diminta pertanggungjawabkan di atas segala kemungkaran yang mereka telah lakukan di hadapan Allah s.w.t

SPR sememangnya penipu dan pembohong. Pada pilihanraya kecil di Sibu, calon DAP yang telah memenangi kerusi tersebut, cuba dimanipulasikan oleh SPR sehingga keputusan pilihanraya kecil Sibu terpaksa diumumkan lewat malam.

DAP mengakui secara ikhlas bahawa kecekapan jentera PAS yang menyerbu masuk ke bilik SPR akhirnya mendapati bahawa pegawai SPR sedang berkomunikasi dengan Putrajaya untuk memaklumkan yang SPR mencuba sedaya upaya bagi menambah jumlah undi calon BN.

Tetapi disebabkan kecekapan jentera pilihanraya PAS yang menyerbu masuk bilik SPR, akhirnya SPR hanya mampu menambah sedikit undi kepada calon BN dan itupun tidak mencukupi untuk memenangkan calon BN. Akhirnya calon DAP terpaksa disiytihar menang setelah tiada jalan lain lagi untuk SPR cuba menipu bagi memenangkan calon BN.

Pada PRU Negeri Sarawak baru lalu, calon PAS di Sadong Jaya sewajibnya diisytiharkan menang tanpa tanding kerana calon BN yang telah mendapat bantahan calon PAS disebabkan kegagalannya mengemukakan perbelanjaan pilihanraya yang lepas, telah diberi kelonggaran oleh SPR sehingga jam 1 tengah hari bagi membawa senarai perbelanjaan tersebut.

Pada hal, masa bantahan telah berakhir jam 11 pagi dan SPR bertindak berat sebelah, hanya dengan sekelip mata sahaja, akhirnya SPR mengisytiharkan calon BN layak bertanding. Cuba, sekiranya itu calon PR, pasti SPR sudah tolak kertas pencalonannya dan isytiharkan BN menang tanpa bertanding.

SPR pengkhianat bangsa Melayu dan umat Islam! Pada persempadan semula kawasan pilihanraya tahun 2003, SPR berpakat dengan UMNO untuk tidak menambah kerusi Melayu/Islam di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Yang bertambah ialah di kerusi yang majoriti bukan Melayu/Islam seperti di Sabah, Sarawak, Johor dan Perak. SPR dan UMNO bimbang jika ditambah kerusi dikawasan Islam, maka ia menguntungkan PAS.

SPR memang pembohong dan pengkhianat! Pada PRU 2004, SPR sekelip mata sahaja, tidak perlu tunggu 2 atau 3 bulan sebagaimana dakwa SPR, masa membuang undi di Selangor telah dipanjangkan 2 jam, iaitu kepada jam 7 malam dari jam 5 petang kebiasaannya.

SPR memutuskan dengan sekelip mata sahaja peraturan ini kerana SPR tahu bahawa pengundi hantu dari Selangor yang dibawa ke Terengganu bagi menjatuhkan kerajaan PAS di sana, hanya mampu balik ke Selangor sekitar jam 5 atau 6 petang. Itu sebab SPR panjangkan tempoh membuang undi kepada jam 7 malam di Selangor.

Banyak, tentunya banyak lagi kudis, pekung dan kurap SPR yang boleh kita londehkan satu persatu. Tapi cukup untuk setakat ini dulu. Ingatlah wahai Pengerusi dan kakitangan SPR yang menjadi barua UMNO, duit gaji yang kamu makan dan suapkan kepada anak-anak kamu itu datangnya dari duit rakyat, duit pembayar cukai. Jika kamu khianati amanah rakyat, maka duit tersebut menjadi haram ke atas kamu!

Salam Hormat,

IBNI ABDULLAH

1 comment:

  1. Mereka adalah pembawa budaya Rasuah?

    ReplyDelete