Saturday, 9 July 2011

SUMPAH LAKNAT UNTUK OCPD LAHAD DATU?



Saudara Pengarang,

LAHAD DATU dan kereta sapu umpama polis dengan pencuri yang saling bekerjasama untuk menjaga hal ehwal masing-masing; tetapi amat malang bagi Anak Negeri Sabah yang menggunakan Perodua Kancil kerana Polis Trafik mudah menjatuhi ‘hukuman pancung sebelum bicara’ dengan menyita kenderaan yang mereka pandu SERTA MERTA!

Saya salah seorang pemilik Kancil yang malang, bukan kerana kereta tersebut tidak baik, malah telah banyak membantu saya menghantar anak-anak ke sekolah dan kenderaan ke pasar; terutama disebabkan tidak menggunakan minyak yang banyak dan ansuran bulanan yang murah; tetapi kerana dicap sebagai ‘Kereta Sapu’.

Tiga hari lalu, entah apa silap saya, selepas membeli sayur di Pasar Rakyat Lahad Datu, ketika memasuki kereta Kancil kesayangan saya, tiba-tiba sebuah kereta peronda datang bersama tiga orang polis trafik menghalang laluan saya seolah-olah saya melakukan kesalahan jenayah berat atau seperti tindakan mengepung penjenayah; lalu mereka meminta kunci kereta saya.

Seorang polis merampas kunci kereta dan menyuruh saya duduk di bangku penumpang di hadapan sementara dia duduk di bangku pemandu dan cuba memandu Kancil saya. Tetapi disebabkan gagal memasukkan gear, beliau menyuruh saya memandu Kancil tersebut ke Balai Polis Daerah.

Saya tanya kenapa mahu tangkap dan rampas kereta saya, tetapi polis berkenaan enggan menjawab sebaliknya hanya menyuruh saya memandu ke Balai Polis sebelum menulis nama dan butir peribadi di sebuah buku khas dan menyuruh saya dan lebih 20 orang pemilik kancil dan kereta persendirian meninggalkan kereta kami di balai.

Tetapi agak aneh kerana enam Kancil lain diarah segera meninggalkan kawasan tersebut tanpa sebarang tindakan kerana dipercayai milik anggota polis.

Seorang polis Trafik menyuruh kami datang balik pada keesokan harinya untuk menuntut kenderaan kami masing-masing tanpa menyebut sebarang kesalahan yang saya lakukan, apatah lagi saya berseorangan diri ketika memasuki kereta.

Apabila datang keesokan harinya, saya diarah membayar saman RM300 sebelum kereta saya boleh dibebaskan. Saya membantah kerana sebagai petani bekerja sendiri saya terpaksa berjimat dan RM300 adalah wang makan untuk satu bulan keluarga saya.

Polis tersebut dengan selamba menjawab, tidak mahu bayar pergi mahkamah tetapi kereta saya akan ditahan sehingga kes berkenaan selesai.

Mahu tidak mahu saya terpaksa meminjam wang adik saya yang mengajar di sebuah sekolah rendah berdekatan untuk membayar saman bagi kesalahan yang saya tidak buat; kerana tanpa Kancil keramat tersebut semua aktiviti harian saya lumpuh!

Di kesempatan ini saya ingin bertanya Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Suprintendan Samsuddin Bin Mat, apakah ini NKRA yang dibanggakan sebagai Ketua Polis Daerah yang sepatutnya melindungi Anak Negeri Sabah (sekalipun anda berasal dari Semenanjung Malaysia) daripada penganiayaan polis ‘Malaya’ yang bukan sahaja kurang ajar, malah membudayakan rasuah (open secret di Lahad Datu).

Saya ingin bertanya kepada Samsuddin, apakah kerana perogol merogol mangsa menggunakan Pel*r, maka semua yang mempunyai Pel*r termasuk anda adalah perogol dan boleh ditangkap sesuka hati?

Jika tidak, kenapa Polis Trafik Lahad Datu mewartakan dalam kepala ‘hotak’ mereka (dengan maaf) bahawa Kancil ialah Kereta Sapu @ Pirate dan boleh ditangkap tanpa melakukan sebarang kesalahan lalu lintas atau jenayah?

Akhir sekali, Wallahi Wabillahi Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah yang maha pelaknat agar melaknat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, keluarga dan semua polis yang menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Saya tidak lillah setiap satu sen wang saya yang dirampas secara paksa untuk membayar gaji polis yang rasuah dan tidak bertimbang rasa terhadap Anak Negeri Sabah.

Salam Kekesalan kerana membayar gaji polis.

MAT KANCIL

1 comment:

  1. Ya.. perlu dilaknatkan perbuatan seperti ini, makan gaji buta, sukahati...tanpa bukti membuat tangkapan. Perbuatan seperti ini harus mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH.

    ReplyDelete