Saturday, 9 July 2011

PARLIMEN MALAYSIA BUBAR ISNIN?



BERNAMA hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. (BERNAMA)

2 comments:

  1. Bagus lah.. supaya kita dapat memberi percubaan kepada sebuah pentadbiran baru.. untuk lima tahun... kalau tak baik, boleh bagi UMNO/BN balik...

    ReplyDelete
  2. Hai ...... bilang tak takut majoriti rakyat sokong kerajaan..... knapa pula tak mau k c pilihanraya cepat..... spy semua kecu ni brenti,fedup la......Tapi kami orang Sabah mau supaya semua orang polopin,indon jangan di benarkan undi walaupun ada IC sebab kesahihan IC mereka sangat DIRAGUI.....

    ReplyDelete