KERAJAAN Malaysia menyumbangkan US$900,000 (kira-kira RM2.8 juta) kepada kerajaan Filipina untuk membantu membina semula kehidupan mangsa ribut tropika dan tanah runtuh di Mindanao baru-baru ini.
Bantuan itu diserahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario di Manila pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.
Anifah, yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Filipina, berbincang mengenai kerjasama dua hala dan isu lain melibatkan kepentingan bersama dengan Rosario.
Ini kali kedua kerajaan Malaysia menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina. Kali pertama, sumbangan US$100,000 (RM310,395) diserahkan oleh Anifah kepada Duta Filipina ke Malaysia Jose Eduardo E. Malaya III bulan lepas.
Lebih 1,000 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 350,000 orang kehilangan tempat tinggal apabila ribut tropika Sendong melanda bulan lepas dan turut memusnahkan infrastruktur termasuk jambatan, sekolah dan jalan raya bernilai berbilion-bilion ringgit. (BERNAMA)
Harap kerajaan Filipina sanggup bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam isu PATI yang melanda negara kita.
ReplyDeleteEntah kenapalah Filipina masih mahu menuntut Sabah sebagai milikinya.
DeleteSebuah konsulat Filipina adalah diperlukan di Sabah, harap kerajaan Filipina akan bersetuju.
ReplyDeleteharap Filipina akan lebih prihatin terhadap rakyatnya yang semakin ramai masuk ke Sabah secara haram.
Deletekerajaan Malaysia mmg prihatin dgn keadaan negara jiran.
ReplyDeleteIni memberikan imej yang posiitf kepada M'sia.
DeleteA good diplomatic approach on Malaysia's part.
ReplyDeleteHopefully the Philippine government will cease their claim on Sabah thus opening their consulate in Sabah as well.
ReplyDeleteHarap Datuk Anifah membincangkan rakyat Philippine yang ramai di Sabah yang datang secara haram.
ReplyDeleteFilipina ni memang laluan ribut dan bencana.
ReplyDeletebegitu prihatin Malaysia terhadap kesusahan yang dialami masyarakat negara luar. semoga Tuhan memberkati negara ini.
ReplyDeleteTeruskan mengekalkan hubungan baik antara negara-negara lain.
ReplyDeleteSumbangan ini untuk memberikan bantuan kepada mangsa ribut yang melanda beberapa kawasan di Filipina. Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Negara Filipina.
ReplyDeletebila lagi kerajaan Filipina membalas jasa kerajaan Malaysia dengan membawa balik semua warga mereka di negara ini pulang ke negara mereka??
ReplyDelete