GONG XI.....Azizah bersalaman dan merakamkan ucapan Tahun Baru Cina dengan seorang peniaga Cina di Pekan Beaufort.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun bersama-sama pemimpin Komponen Barisan Nasional dan pemimpin masyarakat kawasan Dun Klias turun padang menemui peniaga Cina di Pekan Beaufort sempena sambutan perayaan tahun Baru Cina tahun ini.
Pada program yang turut disertai Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno dan jawatankuasa Wanita parti komponen BN itu Azizah telah mengagihkan kad ucapan dan Angpau Tahun Baru Cina kepada semua peniaga.
Azizah berkata program itu merupakan program yang berterusan setiap tahun dan ianya telah menjadi satu aktiviti yang bersifat tradisi.
“Hari ini saya bersama semua pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum turun menemui rakyat dari kaum Cina yang menggambarkan kebersamaan kita menyambut perayaan Tahun Baru Cina selaras dengan gagasan 1Malaysia,” katanya kepada media sebelum menemui peniaga-peniaga di Pasar Besar Pekan Beaufort, kelmarin.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata rakyat perlu memanfaatkan pelbagai sambutan perayaan di negara ini sebagai wadah meningkat kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.
Selepas program itu Azizah juga telah menyampaikan bantuan beras dan Angpau kepada warga emas dan ibu tunggal masayarakat Cina di Dewan Terbuka SJKC Kung Ming, Beaufort.
Keharmonian rakyat yang pelbagai bangsa dan agama di Sabah adalah semangat yang patut diteruskan. Selamat meraikan Tahun Baru Cina.
ReplyDeleteThis is he hallmark that malaysia especially Saabh is known to the whole world
ReplyDeleteThis is he hallmark that malaysia especially Saabh is known to the whole world
ReplyDeletesemua perayaan di Sabah disambut dgn meriah dan harmoni walaupun Sabah terdapat pelbagai kaum.
ReplyDeleteAzizah sememangnya seorang pemimpin yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
ReplyDeletesemoga semua kaum akan mendapat manfaat daripada sambutan perayaan-perayaan ini.
ReplyDeleteperayaan2 seperti ini menjadi satu wadah meningkatkan kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. sesuatu yang sangat baik!
ReplyDeleteItu sudah semestinya. Sabah yang mempunyai pelbagai sambutan perlulah disokongan dan dimanfaatkan sepenuhnya.
ReplyDeleteLet us celebrate festivals with peace, joy and respect.
ReplyDeletesyabas Azizah.. inilah masanya para pemimpin membuktikan kawujudan konsep 1Malaysia..
ReplyDelete