SEMUA anggota Kelab Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) diminta memanfaatkan program pemukiman di Perak kali ini untuk lebih merasai dan memahami denyut nadi rakyat.
Pengerusinya, Datuk Mohd Nadzri Ismail berkata wakil rakyat perlu memanfaatkan peluang tersebut melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti antaranya bermalam bersama keluarga angkat di 135 kampung dari lapan kawasan Parlimen di Perak seperti Bukit Gantang, Taiping, Bruas dan Bagan Serai.
"Pergilah ke 20 buah rumah (yang terpilih) untuk mengenalpasti sebarang permasalahan yang timbul selain memberi pertolongan, dan jika perlu, drafkan permasalahan tersebut supaya kita boleh buat susulan," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penyerahan Anak Angkat ADUN-ADUN BN Seluruh Malaysia di Changkat Jering di sini hari ini.
'Sentuhan kasih' antara rakyat dan pemimpin menjadi pendekatan utama pada program pemukiman yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Seramai 135 ADUN dari seluruh negara hadir pada program pemukiman kali ini. (BERNAMA)
Wakil rakyat perlulah mengambil peluang untuk mendekati rakyat dan memahami keperluan mereka.
ReplyDeleteI couldn't agree more...they should utilize every opportunity to meet the people who gave them their mandate.
DeleteThe clock is ticking..13th GE is around the corner..the wakil rakyat needs to prove that he/she still relevant to the people.
DeleteSeorang wakil rakyat yang sanggup mendengar suara hati rakyat serta lantang menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat, barulah dikira wakil yang baik.
ReplyDeleteWell said...
DeleteTrue. And they should 'turun padang' to meet the rakyat as frequent as they can. Not only when GE is coming.
Deletesatu langkah yang baik para wakil rakyat cuba untuk tinggal bersama2 dengan penduduk pada satu tempoh masa. dengan cara ini wakil rakyat dapat merasai sendiri apa yang dirasai oleh penduduk.
ReplyDeletesetiap pemimpin perlulah mendekati rakyat dan menjaga kepentingan rakyat.
ReplyDeletetingkatkan usaha dan jadilah pemimpin yang berjiwa rakyat.
ReplyDeletewakil rakyat harus sentiasa peka pada keadaan rakyat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan.
ReplyDeleteSentuhan Kasih ni harus berterusan tidak hanya hampir menjelang PRU13. Sekiranya berterusan pasti rakyat akan berpuas hati dan sentiasa menyebelahi kerajaan.
ReplyDeleteMendekati rakyat harus ikhlas dan mempunya susulan. Permasalahan yang didengar harus diambil tindakan secara selesainya masalah tu.
ReplyDeleteSemoga wakil rakyat BN akan meneruskan usaha bagi memperjuangkan hak penduduk Sabah.
ReplyDeletejika dari dulu para wakil rakyat dapat merasai dan memahami denyut nadi rakyat, usaha menarik undi pasti tidak terlalu sukar seperti hari ini..
ReplyDeletememandangkan pilihanraya umum semakin hampir, baik kurangkan bercakap2 di media dan gandakan usaha.. masih banyak perkara yang perlu diselesaikan..
ReplyDelete