Sunday 8 January 2012

UTAMAKAN SABAH DALAM BERITA ARUS PERDANA



PEMBERITAAN tentang Sabah harus diperbanyakkan sama ada dalam media cetak atau elektronik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik langkah Berita Harian menerbitkan berita edisi Sabah bermula Ahad.

"Saya fikir Berita Harian di bawah NSTP Group sedang melangkah ke arena progresif yang baru dalam dunia berita atau media cetak.

"Ini satu kemajuan yang membanggakan kita dan nampaknya Sabah mendapat tapak kepada penerbitan media dan kita sama-sama lah sokong penerbitan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Sabah di Kepayan, dekat sini Sabtu.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas pelancaran Berita Harian edisi Sabah di sini.

"Bagi saya ini merupakan satu kebanggaan oleh kerana informasi mendapat ganjaran setapak lagi," katanya.

Ditanya oleh pemberita tempatan sama ada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia turut mewujudkan mini unit penyuntingan berita di Sabah berikutan perkembangan terbaru itu dan tuntutan semasa, beliau berkata perkara itu akan dipertimbangkan, termasuk juga peralatan kamera untuk Jabatan Penyiaran Sabah.

Rais berkata kementerian dengan kerjasama Astro akan melihat semula kemudahan satelit di Sabah bagi memastikan tiada lagi kawasan 'lindungan'.

"Dalam masa yang singkat, saya akan datang lagi ke sini bersama Astro dan rakan penyair yang lain supaya peralatan ini (satelit) lengkap dan dapat diletakkan di tempat-tempat yang ditentukan awal di seluruh negeri," katanya.

Mengenai pembangunan kompleks bersepadu itu, Rais berkata beliau gembira kerana kompleks yang bernilai sekitar RM88 juta sudah siap yang antara lain akan menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas.

Beliau berkata menjelang tahun 2015, Malaysia bakal memperoleh alat penyiaran digital dan "saya duga pelbagai peralatan terutama peralatan kamera digital kita peroleh untuk Sabah".

Dalam pada itu, Rais berkata Kerajaan tidak pernah memperdayakan rakyat dalam melaksanakan apa juga program bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sambil menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program BR1M, Rais berkata kerajaan menambat hati rakyat secara ikhlas dan secara benar.

"Sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan yang agak lama berkhidmat... janganlah menuduh tanpa asas. Ini tidak baik untuk negara kita, nanti kita digelar sebagai orang politik yang berbohong.

"Sekiranya pihak pembangkang meneruskan gelagat menipu... terserah kepada mereka. Kami tidak akan terpedaya dan kami tidak akan memperdaya rakyat, yang kita beri khidmat dengan amat baik dan setia," katanya kepada pemberita selepas melawat ke Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Sabah di Kepayan, dekat sini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan mampu melaksanakan program BR1M berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Najib berkata kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program berkenaan kerana Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Bagus juga saranan Datuk Seri Dr Rais Yatim ini. Bukan sahaja penduduk Sabah akan mendapat perkembangan semasa berkaitan dengan negeri Sabah, bahkan seluruh penduduk negera Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Dalam astro sudah ada Bayu fm...apa kata sekiranya pihak astro menyediakan satu channel yang khas untuk siaran-siaran program televisyen untuk negeri di bawah bayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukankah sudah ada siaran untuk Sabah di Astro? macam ada pula..

      Delete
  3. Baguslah jika lebih banyak berita tentang Sabah disiarkan.

    ReplyDelete
  4. Sabah news should definitely be focused on since most of the Federal States still have a vague idea about the issues that happens in Sabah.

    ReplyDelete
  5. By including Sabah news in the mainstream papers, this will be able to help pull closer the gaps between East and West Malaysians.

    ReplyDelete
  6. berita mengenai sabah harus lebih byk disiarkan agar sabah lebih dkenali.

    ReplyDelete
  7. kini semakin banyak berita tentang Sabah yang siarkan. ini sesuatu yang baik.

    ReplyDelete
  8. bolehlah dikatakan Sabah semakin mendapat perhatian dan lebih dikenali dengan lebih dekat lagi.

    ReplyDelete
  9. saya sokong cadangan Rais Yatim. dengan cara ini juga Sabah akan dapat dipromosikan dengan lebih luas.

    ReplyDelete
  10. Memang itu adalah yang terbaik membeikan info semasa untuk Sabah lebih berbanding yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. selagi ramai penduduk2 di semenanjung tidak mengenali tentang Sabah, selagi itu pemberitaan tentang Sabah diperbanyakkan.. saya harap lebih banyak usaha kearah itu dilakukan tahun ini..

    ReplyDelete