Saudara Pengarang,
SEJAK akhir-akhir ini ramai
pemimpin politik dan NGO mempersoalkan isu 'Penyalahgunaan Kuasa Imigresen'
Ketua Menteri Sabah dan Sawarak yang bertindak menghalang kemasukan rakyat
Malaysia dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan menyifatkan tindakan
berkenaan tidak demokratik dan mencabul hak asasi manusia.
Ramai yang menyifatkan tindakan
berkenaan di luar batas perikemanusiaan dan bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan; malah mencabar Ketua Menteri dari Borneo ini agar menghalang PATI dari
memasuki negara ini kalau berani.
Sebagai rakyat Sabah, saya
ingin menarik perhatian anda berhubung Autonomi Imigresen yang diperjuangkan
rakyat Sabah selama ini. Tanpa siapa menduga dan tidak ramai yang mengetahui
bahawa Ketua Menteri di Borneo ini hanya mempunyai 'Locus-Standi' untuk
menyekat kemasukan sesiapa sahaja 'Orang Malaya' yang dianggap boleh memudaratkan pentadbiran
negeri; termasuk sekatan memasuki negeri-negeri ini yang dikenakan terhadap
pemimpin Parti Pembangkang.
Perlu diingat, Ketua Menteri
di Borneo tidak langsung mempunyai kuasa atau diberi kuasa undang-undang untuk
menyekat kemasukan atau mempunyai kuasa Imigresen ke atas Warga Asing (termasuk
PATI) kerana kuasa ini tertakluk kepada Kerajaan Pusat iaitu Jabatan Imigresen
Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya.
Rakyat Sabah yang selama ini
hidup aman damai bukan tidak menyukai 'Orang Malaya' yang datang secara beradat
dan pulang tanpa mengumpat; tetapi bukan datang ke Sabah atau Sarawak membawa
budaya LGBT, demonstrasi atau hasutan kaum dan agitasi agama.
Kami sayang pemimpin dan
rakyat kami; tetapi 'Orang Malaya' sentiasa mengintai peluang untuk menjajah
kami termasuk mengklonkan warga asing sebagai Pengundi dan Ahli Parti Politik
yang membuatkan kami tersisih; dari dulu, kini dan selamanya.
Jika mengikut peraturan,
tidak ada siapa boleh menghalang kerajaan Sabah dan Sarawak menguatkuasa
pemakaian 'Pasport' dan 'Menghendaki Orang Malaya' Menggunakan Permit Kerja'
kerana mereka merampas semua pekerjaan daripada rakyat Sabah yang kini terpaksa
berhijrah keluar dari Sabah dan Sarawak.
Mungkin kami boleh
bertimbang rasa dengan menutup sebelah mata berhubung peraturan menggunakan
pasport dan permit kerja kerana membantu kami dalam sektor kesihatan, perguruan,
kepolisan, ketenteraan dan pentadbiran; tetapi kami tidak dapat memejamkan mata
kami berhubung isu agehan kek ekonomi, peluang belajar, adab sopan 'Sakai' yang
dibawa 'Orang Malaya' ke Sabah sehingga hidup kami berada di dalam dilema.
Oleh itu, kami merayu agar
'Orang Malaya' tidak lagi mempersoalkan beberapa hak istimewa kami yang masih
tinggal dan akan terus diperjuangkan sehingga Borneoninasi bukan lagi 'Surah
Al-Ikhlas' daripada kami; sebaliknya impian menjadi realiti bagi mentadbir
negeri kami mengikut cara dan kehendak kami.
Jangan cuba bermain api
dengan membangkitkan isu sensitif seperti Tarian Tradisi, Agama Rasmi, Bahasa
dan Budaya kami agar kami tidak perlu lagi kembali di zaman Ngayau ketika
majoriti rakyat Sabah 'Celik IT' dan melepaskan kemarahan kami melalui 'Dota'
kerana 'Broadband' yang dilambakkan di Sabah adalah 'Sampah Sarap Komunikasi'
yang menjadi alat membuat wang rakyat oleh Menteri yang setaraf besi buruk!
Salam Hormat,
KAMAL ISHAK JURIJ
Kita tidak pasti juga apa sebab perkara ini berlaku. Jadi kita tidak patut salahkan pihak lain tanpa ada kepastian lagi.
ReplyDeleteJangan cuba bermain api dengan membangkitkan isu sensitif seperti Tarian Tradisi, Agama Rasmi, Bahasa dan Budaya penduduk Sabah. Itu yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku.
ReplyDeletesaling menghormati perlu bagi memastikan keharmonian terjamin.
DeleteIsu ni timbul semula sebab baru2 ni 14 anggota PKR yang diketuai Azmin Ali dilarang masuk ke Sabah .
ReplyDeletebukan itu saja malah penghinaan dari orang malaya ke atas sabah di laman sosial dan blog yang hangat diperkatakan,...
Deletekuasa imigresen ni perlu diberikan sepenuhnya kepada Sabah untuk memudahkan mengurus soal kemasukan PATI di Sabah.
ReplyDeleteJabatan imigresen adalah punca kemasukan PATI, ini juga merisaukan jika lebih kuasa akan diberi.
Deleteberkenaan dengan PATI, kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani masalah ini...diharap RCi akan segera berfungsi..
ReplyDeletekerjasama semua pihak perlu bagi atasi isu PATI.
DeleteSabah dan Sarawak mmg ada kuasa imigresen dan berhak menyekat sesiapa dari memasuki Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteKuasa imigresen tu tidak perlu dipersoalkan
DeleteTentu tindakan menghalang kemasukan Azmi and the gang pasal blog suara pakatan tu.
ReplyDeleteTindakn menyekat kemasukan mereka yang boleh memudaratkan Sabah memang patut.
DeletePembangkang dari semenanjung banyak memberi kesan negatif di Sabah
ReplyDeleteKemasukan PATI akan menjejas perkembangan ekonomi untuk jangka masa panjang.
ReplyDeleteIsu pati adalah isu semua pihak dan golongan. Kerjasama untuk mengatasi isu ini amat diperlukan.
ReplyDeleteIsu sensitif berkait dengan bangsa dan agama harus dielakkan.
ReplyDeleteNeed to study more whether to give mroe power to Imigration Department.
ReplyDeletesyabas kepada Kamal kerana tampil memberikan penjelasan secara panjang lebar seperti diatas..
ReplyDeleteisu penghinaan orang Malaya terhadap sabah juga bermula dari peimpin2 pembangkang.. setiap kali mereka berkempan, tidak akan lari ucapan2 mereka tentang kemiskinan di Sabah dan kedaifan infrastruktur di negeri ini.. kemuncak hasil kempen mereka ini disempurnakan oleh blogger suara pakatan rakyat..
ReplyDelete