Oleh : IDA LIM
KUALA LUMPUR : Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa
pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur
Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini.
Ketua umum PKR berpendapat
bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.
Pemimpin dari Barisan
Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera
kebangsaan, di mana PR menafikan.
“Sang Saka (Malaya),
mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah
satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada
wartawan.
“Apa salahnya generasi muda
mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”
Dia juga berkata bendera
Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.
Seorang blogger telah
mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu,
tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara.
Dalam usaha mengelak dari
kontroversi, blogger yang dikenali sebagai Singa Selatan berkata “perbuatan ini
tidak menggambarkan mana-mana parti politik” dan “tidak ada niat untuk menukar
bendera Jalur Gemilang ke Sang Saka Malaya”.
Menurut blogger, bendera
Sang Saka Malaya — yang mempunyai bulan sabit dan bintang bucu 1 di sebelah
kiri bendera jalur merah dan putih — telah digunakan oleh parti Kesatuan Melayu
Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1938 yang menentang penjajahan British untuk
kemerdekaan negara.
“Saya rasa bendera ini layak
dikibarkan pada malam ambang merdeka selain Jalur Gemilang, kerana banyak kisah
keperitan dalam perjuangan bersama bendera Sang Saka Malaya,” katanya di dalam
blog.
Dia juga terkejut dengan
risalah yang mengatakan bahawa Jalur Gemilang harus ditukarkan dengan Sang Saka
Malaya dan mengaku tidak bertanggungjawab dengan pengedarannya.
Polis hari ini akan
menyiasat tentang dakwaan untuk menggantikan Jalur Gemilang sebagai bendera
kebangsaan di bawah Akta Hasutan walaupun Putrajaya mahu memansuhkan
undang-undang kontroversi itu yang telah digunakan untuk menutup suara politik
yang menentang kerajaan. (TMI)
No comments:
Post a Comment