Thursday, 20 September 2012

APA AGENDA SERANG KDM MALAYSIA?




Oleh : LOPUNG

DAHULUNYA suku kaum KDM ini adalah suku kaum yang dominan di Sabah. Suara mereka amat lantang sekali dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Ramai pahlawan agung suatu ketika dahulu dilahirkan dan sanggup menggadai nyawa semata-mata berjuang untuk rakyat.

Dalam ERA pemerintahan Parti Bersatu Sabah, dilihat amat ketara di mana Ketua Menteri pada ketika itu adalah Pairin Kitingan. Beliau mentadbir negeri ini dengan baik. Banyak kemudahan luar bandar dapat di laksanakan; sungguhpun kurang diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan ketika itu.

Negeri demokrasi terwujud pada ketika itu dan keadaan negri yang aman dan damai tanpa gangguan. Ia ditambah dengan etnik-etnik suku kaum yang berbeza namun saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain dan menjadi kebanggaan semua.

Namun kini, perpecahan telah berlaku dan menyebabkan KDM semakin mengecil. Semua pemimpin telah mengikut haluan masing-masing dan menyebabkan suku kaum ini mudah dibolosi oleh anasir luar.

Bermulanya perpecahan dalam KDM adalah sejak dari PBS kalah dalam Pilihanraya 1994 dengan teruknya. KDM telah terbahagi kepada 3 bahagian dan menyebabkan suara mereka ini semakin kecil.

Masing-masing mencari kedudukan dan pangkat; masing-masing ingin menjadi ketua. Sampai bilakah perkara ini akan terjadi? Sampai bilakah KDM ini akan bersatu kembali seperti dahulu? Kenapa semua pemimpin KDM ini ego dan tidak cuba untuk berdamai semula? Kini timbul lagi satu parti berteraskan KDM dan ia menambah lagi perpecahan sokongan kaum ini.

Masing-masing bercakaran, masing-masing ingin memberikan hujahnya untuk meraih sokongan rakyat. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan mereka ini menyebabkan orang luar mengambil kesempatan sehingga akan merugikan kaum sendiri?

Pendatang asing kian merunsingkan kepala. Kebanjiran PATI di Kota Kinabalu, Inanam, Menggatal, Tawau dan seluruh Sabah menjadi igauan ngeri rakyat Sabah. Tetapi sedarkah pemimpin kita akan hal ini ataukah mereka sengaja memakai 'ray ban' berwarna gelap di malam hari?

Apa yang jelas, satu NGO telah muncul dengan berteraskan suku kaum Kadazandusun murut iaitu KDM Malaysia yang semakin diterima oleh rakyat. Ramai di antara penyokong daripada parti-parti pembangkang mahupun kerajaan telah sama-sama menyertai badan bukan kerajaan ini.

Ini dilihat amat baik kerana suku kaum ini mula bersatu kembali. Semua program yang dilaksanakan oleh NGO ini selalu dihadiri oleh ribuan rakyat dan inilah petanda bahawa NGO ini diterima dan diperlukan oleh rakyat bagi membela mereka.

Sejak NGO ini ditubuhkan, program-program seperti jelajah KDM; yang bertujuan untuk mengumpul ahli dalam menyokong pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Mereka juga menghantar kertas kerja bantuan PPRT terus kepada KKLW, memberi bantuan kepada anak-anak sekolah, OKU, warga emas, ibu tunggal dan baru-baru ini program masuk Universiti dengan bekerjasama rapat dengan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.

Menurut apa yang dilihat, semua program yang dijalankan adalah demi kebaikan rakyat tapi mengapa ramai ahli politik ingin mempolitikkan NGO seperti KDM Malaysia ini?

Mengapa semua program yang direncanakan, disabotaj dan tidak kurang juga pemimpin parti yang berlandaskan KDM sendiri mengkritik dan dengki dengan kejayaan penganjuran program oleh KDM Malaysia?

Mengapa harus mempersoalkan apa yang dilakukan oleh organisasi ini? Mengapa ahli politik itu tidak membahas atau mengkritik serta memainkan isu PATI yang masih berkeliaran, harga barang naik, minyak naik, royalti minyak, bantuan kepada orang yang memerlukan, kemudahan yang tidak cukup di kawasan luar bandar, bekalan air, elektrik sering terputus.

Mengapa mengkritik soal banner KDM Malaysia yang mempunyai gambar PM? Mengapa itu pula dipersoalkan? Tidak dinafikan; setiap kali program yang dilaksanakan oleh NGO ini, Presidennya akan berucap dan menyatakan bahawa kita semua harus menyokong kerajaan, menyokong kepimpinan PM, menyokong pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tetapi mengapa ahli politik pula, yang seakan-akan tidak ingin NGO ini bersama-sama dalam memajukan dan mendapatkan sokongan rakyat untuk menyokong kerajaan?

Apa yang kita dengar, Presidennya dikatakan rapat dengan Shafee Afdal dan menjadi tunggangan UMNO dan mendapat projek yang banyak dari KKLW tapi adakah perkara ini benar?

Salahkah beliau merapatkan diri dengan orang berkenaan bagi tujuan membantu suku kaumnya? Sama seperti beliau akrab dengan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi; dan anak-anak KDM diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti atas permohonan NGO ini dan sudah terbukti.

Presidennya juga berjaya mendapat kelulusan PPRT dan memecah  rekod di setiap kawasan ADUN dan tahun ini sahaja di kawasan parlimen Tuaran, sebanyak 180 buah rumah PPRT telah diluluskan oleh KKLW; tapi malangnya ditolak oleh pejabat daerah. Adakah ini dikatakan kuda tunggangan UMNO?

Bagaimana pula peruntukan setiap ADUN yang hanya mendapat 20 buah rumah PPRT sahaja pada tahun ini dan 50 buah untuk parlimen Tuaran? Kenapa tidak diiktiraf sumbangan NGO ini kepada rakyat? Salahkah mereka menghantar permohonan itu demi kebaikan rakyat? Kenapa mereka ini harus dipersalahkan?

Apa yang pasti, semua kontraktor yang membina rumah PPRT ini adalah atas pilihan pejabat daerah dan bukan dipilih oleh KDM Malaysia. Jadi di manakah silapnya mereka ini; sehinggakan dicemuh, dikritik dan disabotaj oleh parti politik?

Selama saya aktif dalam blog dan mengikuti program-program parti politik pembangkang dan BN, saya tidak pernah melihat hadiah tiket bertuah yang amat lumayan dan NGO ini telah melakukannya.

Sebuah kereta, tiket pelancongan ke luar negara, 20 buah motosikal, 20 buah basikal, freezer, kipas, tv, peti sejuk dan termasuk hamper makanan. Jadi ini membuktikan bahawa walaupun mungkin Presidennya mendapat projek, tetapi beliau boleh mengagehkan keuntungan itu kepada rakyat. Boleh menderma dan saya kira perbelanjaan setiap penganjuran program itu untuk hadiah sahaja boleh mencecah RM 100,000. Pati politik KDM pernahkan buat seperti ini?

Kalau benarlah KDM Malaysia ini Kuda Tunggangan UMNO dan barua politik Shafie Afdal, mengapa Presidennya menghabiskan wang membeli hadiah cabutan tiket bertuah sebanyak RM 100,000 setiap anjuran program; memberi sumbangan kepada oku, warga emas, anak-anak sekolah, menghantar permohonan PPRT terus kepada KKLW dan tidak memerlukan berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk diluluskan; tapi hanya dalam masa sebulan dan kurang daripada itu. Berbanding dengan permohonan ke pejabat daerah yang bertahun-tahun pun belum tentu dapat?

Hakikatnya, Sumbangan NGO ini harus diterima dan tidak usah dipolitikkan kerana mungkin perpecahan sokongan akan berlaku kembali. Mungkin ramai antara pembaca yang tidak setuju dengan pendapat saya ini tapi inilah hakikatnya. Biarlah mereka ini menjalankan aktiviti mereka tanpa diganggu oleh parti politik. Biarlah mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan demi untuk semua lapisan masyarakat terutama KDM dan biarlah mereka berkhidmat untuk rakyat. Hasad dengki yang menebal harus dihindarkan kerana ianya bakal merugikan kaum.

31 comments:

  1. Nampak sudah taring Pembangkang yang cuba memburukan budaya orang Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hairan betul, apa lah salah tarian sumazau?

      Delete
    2. Lepas PM dan isteri beliau tarikan tarian sumazau ni baru timbul isu ni. entah apalah tujuan sebenar pihak yang buat hinaan tu.

      Delete
    3. The dance is not bothering them yet they made it like, disturbing their life.

      Delete
    4. pembangkang tak hormati budaya Sabah, jgn kita sokong mereka.

      Delete
    5. Budaya harus saling dihormati.

      Delete
  2. Jangan terpedaya dengan PR ini. Pelbagai janji kosong diberikan. Tapi tengok saja contoh sekarang sudah berani menghina tarian orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...belum tentu kalau PR dapat menunaikan segala janji2 manis mereka....

      Delete
    2. In fact Selangor is having a major problem now. They can't even manage their state well, why come Sabah?

      Delete
    3. PR suka menabur janji2 kosong.

      Delete
  3. Bayangkan kalau sudah jadi kerajaan pasti akan melakukan lebih daripada itu kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even more worst when they can't even give us a good financial management records.

      Delete
  4. Tidak mustahil penduduk Sabah akan tertindas pada akan datang jika PR memerintah. Jadi berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk menerima PR ini.

    ReplyDelete
  5. Buat baik pun kena 'serang'. Pembangkang memang tidak senang hati bila kerajaan dan NGO bantu rakyat. Pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun pelik... sampai tarian pun dihina...

      Delete
    2. selagi belum tercapai cita-cita mereka, mereka akan terus buat serangan.

      Delete
    3. What to do? They are jealous of us.

      Delete
    4. pembangkang tak suka pada NGO yang tak sependapat dgn mereka. jadi mereka akan serang.

      Delete
  6. jelas sudah, kerajaan BN telah banyak membantu rakyat sabah dalam pelbagai aspek. tapi sudah sampai masa juga, rakyat sabah mesti tingkatkan prestasi dan bukan mengharap saja. apa guna kemerdekaan negara kalau rakyat belum merdeka di hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Now Sabah has been put in the World Map already, even our tourist arrivals are increasing.

      Delete
    2. Usaha masih perlu diteruskan sebab Sabah masih dalam kemiskinan.

      Delete
  7. Lopung wrote: "Hasad dengki yang menebal harus dihindarkan kerana ianya bakal merugikan kaum."
    This is very true and very worrying. Present KDM leaders from the government and opposition must remind yourselves not to follow in the steps of a headhunter (pangazou), where the number of skulls signifies your prowess...)
    Instead be the soldier (susumangod). protect the rakyat.

    ReplyDelete
  8. Memang cemburu punya pasal lah tu sampai buat perkara yang tak baik.

    ReplyDelete
  9. Permainan politik makin rancak, pastikan kita sebagai pengundi dapat mengendalikannya.

    ReplyDelete
  10. PBS masih relevan untuk masyarakat Cina seperti yang dibuktikan oleh peningkatan dalam keanggotaan baru yang diterima daripada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengerusi cawangan PBS Keningau Johny Anthony Kadau berkata peningkatan dalam sokongan kaum Cina untuk parti adalah disebabkan oleh konsep kepelbagaian perkauman, genuiness dan konsisten.

      Delete
    2. PBS pengerusi cawangan Keningau Johny Anthony Kadau juga menasihat untuk berusaha yang berterusan untuk menyebarkan perjuangan parti itu kepada rakyat.

      Delete
  11. Karambunai dan Inanam kekal kubu kuat BN, dengan Datuk Jainab Ahmad Umno dan Datuk Johnny Goh PBS sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  12. Adun Melalap Datuk Radin Malleh meningkatkan kemungkinan PBS mendapatkan kembali kerusi Tenom parlimen untuk pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  13. macam mana kaum yang diwakili itu mahu bersatu jika persatuan itu sendiri berpecah belah? baik tidak payah tubuhkan persatuan jika asyik mahu bersaing..

    ReplyDelete
  14. bukankah lebih bagus persatuan yang mewakili kaum yang sama ini bersatu dalam satu nama pertubuhan??

    ReplyDelete