Sunday, 16 September 2012

BACUL HALANG MASUK PKR KE SABAH?




Saudara Pengarang,

Merujuk kepada rencana SABAHKINI.NET http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=14822:14-orang-pkr-dihalang-masuk-sabah&catid=35:berita-sabah&Itemid=27  kelmarin mengenai beberapa penyokong  dari Semenanjung Malaysia yang dihalang memasuki Sabah sangat memeranjatkan pelbagai pihak.

Dalam keadaan Negeri Sabah dalam dilema mengenai penubuhan RCI bagi pemberian kewarganegaraan songsang tiba-tiba timbul pula berita sebegini rupa. Adakah ini adalah pra-rancangan pihak kerajaan untuk menghalang atau menghapus warganegara sonsang di Sabah?

Rasanya banyak lagi kaedah yang lebih bijak dan berani boleh digunapakai oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah pendatang asing dan pemberian warganegara sonsang di negeri ini.

Saya percaya tindakan ini adalah lebih berbaurkan politik dan mana-mana pihak yang terlibat mengenai tindakan ini adalah seorang yang bacul dan tidak layak sebagai pemimpin.

Untuk jangka panjang akan memberi gambaran yang kurang baik kepada rakyat Sabah kerana hal ini boleh disalahertikan sebagai bersikap perkauman dan cuba menghalang rakyat Malaysia sejati dari negeri lain untuk datang melawat Sabah. Kalau mahu menunjuk kuasa, cubalah selesaikan masalah pendatang asing dan pemberian warganegara sonsang yang tidak selesai-selesai untuk sekian lamanya.

Salam Hormat,

NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI

No comments:

Post a Comment