Sunday, 16 September 2012

RIBUT PEMBAHARUAN MELANDA TUARAN




Oleh : LOPUNG

SESAK! Itulah suasana yang berlaku di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran yang menyaksikan sambutan Ambang Hari Malaysia yang diadakan oleh Pakatan Rakyat. Pemeriksaan polis tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk mendengar amanat daripada pemimpin tertinggi parti tersebut.

Suasana meriah dan dianggarkan seramai 10 ribu penyokong yang datang hadir ke majlis tersebut. Ucapan yang berapi-api yang dimulakan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah; diikuti dengan ucapan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin; Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing; Lim Guan Eng; Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menyemarakan lagi semangat orang yang hadir dalam memperjuangkan nasib mereka selepas ini.

Keadaan di majlis itu begitu sesak dengan kehadiran penyokong semua parti dalam Pakatan Rakyat yang hadir dalam majlis tesebut, termasuklah APS dan PPS. Turut mencuri tumpuan, beberapa penyokong dari Kelantan yang sanggup terbang ke Sabah semata-mata untuk menyokong program ini berpakaian baju warna merah dan terdapat tulisan, tuntutan royalti minyak serta dua orang penyokong tegar Pakatan Rakyat yang memakai baju hitam yang ada bertulis turunkan harga kereta.

Mereka mendakwa, baju itu dibeli melalui intenet terus kepada Rafizi. Kedua jejaka tersebut juga mengatakan bahawa satu dialog untuk turunkan harga kereta akan diadakan di Tuaran pada 18 dan diikuti 19 September di Penampang.

Namun sesuatu yang tidak diduga telah berlaku kerana belum pun sampai dua minit Datuk Seri Wilfred Bumburing berucap, satu ribut kencang bertiup dan diikuti oleh hujan renyai-renyai menyebabkan layar projektor tercabut dan khemah pentas hampir terbang.

Di Saat itu juga adalah waktu ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini satu rahmat baru atau malapetaka bagi Sabah? Adakah ini adalah aura yang dibawa oleh Anwar ke Sabah yang bakal merubah nasib rakyat Sabah yang inginkan perubahan dan memerlukan pembelaan agar sama taranya dengan penduduk di Semenanjung Malaysia?

Atau mungkin ini adalah alamat bagi Pakatan Rakyat bersama APS dan PPS terkubur oleh ribut taufan yang melanda dan meranapkan semua benteng pertahanan yang dibina dari tembok batu?

Di mana SAPP? Di mana STAR? Tidak kelihatan satupun pemimpin mereka dalam majlis itu. Adakah kedua parti Sabah ini tidak bersetuju dengan PR untuk membela nasib rakyat?

Seandainya kerjasama ini tidak terhasil, maka tragedi yang melanda pada tahun 2008 dalam PRU 12 bakal berulang kerana perpecahan undi telah berlaku dan menyebabkan lebih kurang 9 kerusi ADUN terlepas begitu sahaja kerana tiadanya kesepakatan daripada parti pembangkang ketika itu.

Mengikut kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid sebelum ini bahawa pembangunan dan kebajikan yang dilaksanakan di Negeri Selangor amat memukau hati para penyokong PR. Rakyat Negeri Selangor telah melakukannya pada 2008, 'Ini Kali Lah' Sabah perlu mengikuti langkah rakyat Selangor, tambah beliau.

Lim Guan Eng dalam ucapannya ada menyebut berhubung dengan kekayaan negeri Sabah yang tidak setara dengan Semenanjung dan mengajak seluruh rakyat Sabah untuk menyokong Pakatan Rakyat kerana parti ini berjanji, Sabah akan diberi sama taraf dengan Semenanjung. Adakah ini menunjukkan kekayaan Malaysia bakal dibahagikan 1/3 kepada Sabah?

Manakala Tuan Guru Hadi Awang pula menyebut bahawa kekayaan Sabah tidak boleh diambil seandainya Sabah masih memerlukannya. Lim Guan Eng menambah, semua Menteri, Ketua Menteri, Adun, Ahli Parlimen dan Pegawai Daerah, tidak boleh memiliki tanah kerajaan, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Di majlis berkenaan, hujan turun dengan lebat menyebabkan semua penyokong lari lintang pukang masuk ke dalam khemah, tetapi yang menghairankan, mereka tidak pula pulang meninggalkan kawasan berkenaan.

Sokongan mereka terhadap parti amat kuat sehinggakan ribut melanda, hujan ribut yang lebat, tidak mematahkan semangat rakyat tuaran untuk berubah. Namun saat Anwar memberi ucapan, ramai di antara penyokong berdiri di hadapan walaupun hujan turun renyai-renyai.

Semangat tinggi untuk berubah kian meresap dalam jiwa mereka dan mereka sanggup kehujanan sedangkan masih ada ruang di dalam khemah itu untuk berteduh dan mendengar amanat dari Anwar. Adakah ini satu petanda bahawa PR pasti menawan Putrajaya pada kali ini?

Kata Anwar, Umno menjadi dalang utama perpecahan penyokong PR, sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memisahkan ikatan persaudaraan yang erat di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat sehingga dikatakan sebagai dalang sebenar menghina Tarian Sumazau sebagai senjata utama mereka.

Manakala Bumburing pula menjelaskan PR juga membidas tindakan tersebut kerana yakin bukan dilakukan oleh PKR. Tetapi ageh aneh kerana di saat tarian Sumazau itu ditarikan dan pengacara menjemput semua pemimpin naik ke pentas untuk menari sebagai tanda menghormati dan menangkis tomahan terhadap penyebaran artikel tersebut; mengapa pemimpin PR, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Tuan Guru Hadi Awang serta Azmin Ali tidak bersama di pentas untuk menyatakan bahawa mereka menghormati tarian berkenaan?

Mungkinkah mereka malu ataukah mereka letih dengan perjalanan jauh ke Tuaran atau mereka tidak tahu menarikan Tarian Sumazau? Mungkin mereka ada alasan yang munasabah untuk itu dan kita tidak mengetahuinya.

Di majlis berkenaan juga para pemimpin PR juga melahirkan rasa simpati dengan pekerja dari Sabah yang ingin bekerja di Singapura kerana tidak dibenarkan oleh republik itu. Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid telah menyatakan hasrat dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah iaitu di Pulau Pinang dan Selangor.

Bunyinya amat baik sekali namun bagaimanakah caranya? Adakah semua yang ingin bekerja di dua negeri itu akan berjumpa dengan mereka untuk memohon kerja atau mendapatkan sokongan daripada mereka untuk bekerja kerana belum tentu syarikat-syarikat yang ada di sana, menerima mereka?

Namun di sudut yang lain, memang peluang terbaik dalam jalinan kerjasama antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ia juga harus dijelaskan kerana berita ini amat menggembirakan seluruh rakyat Sabah kerana diberi peluang keemasan ini. Turut diulas, janji untuk menurunkan harga minyak dan menaikkan royalti minyak 20 % kepada semua pengeluar minyak Malaysia.


Tepukan dan laungan takbir, tukar, lawan tetap lawan; termasuk "INI KALI LAH!" dilaungkan oleh pemimpin PR dan mendapat respon daripada seluruh penyokong PR yang hadir.

Namun sedetik diminda, adakah penyokong STAR benar-benar berada di situ untuk sama-sama menyokong PR atau penyokong STAR telah keluar parti dan menyokong PR setelah Wilfred Bumburing menyokong PR?

Senario politik ini sangat mengelirukan dan seandainya pati pembangkang ingin berkuasa dan memerintah Putrajaya, harus ada persepakatan dalam pembangkang kerana ia pasti mengundang padah andai tiada kerjasama antara semua.

Sepanjang acara bermula sehinggalah tamat, tiada apa kejadian buruk yang berlaku atau unsur sabotaj yang berlaku. Tiada simbahan cat mahupun balingan batu terhadap kenderaan yang dinaiki oleh pemimpin PR. DSAI memuji rakyat Sabah kerana 'sporting' dalam hal ini dan seharusnya parti politik di Semenanjung mencontohi rakyat Sabah, ujar beliau.

Persoalannya, adakah rakyat Sabah atau kerajaan BN yang tidak mahu menggangu acara ini dan bersifat terbuka dengan parti lawan? Apa pun keamanan harus dikekalkan dan eratkan hubungan silaturahim, walaupun berbeza parti politik yang disokong.

25 comments:

  1. Mana satu cakap betul ini sekarang. Ada yang cakap 20 ribu orang datang. Tapi sini pula 10 ribu orang saja. Mula sudah ada perbezaan antara fakta PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 ribu ka 20 ribu, itu tidak akan menunjukkan jumlah pengundi sebenar mereka pada PRU nanti.

      Delete
    2. fakta tak tepat. mmg kaki pusing.

      Delete
    3. Predicated another tsunami politic in Sabah.

      Delete
  2. Apa pun ini tidak bermakna PR sudah memang cuma dengan perkara ini. PRU13 adalah penentu segalannya.

    ReplyDelete
  3. Untunglah restoran Singgah Singgarung ni sebab jadi tempat pilihan pembangkang bila buat apa2 event:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami menantikan sama ada PR berjaya menambat hati rakyat.

      Delete
  4. yang pasti tiada sepakatan antara parti pembangkang di sabah..

    ReplyDelete
  5. janji2 manis saja pemimpin PR berikan kepada sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mudah prcaya dgn pembangkang.

      Delete
    2. Semoga janji yang tidak dapat ditunaikan tidak harus dibuat agar rakyat tidak menaruh harapan dan kecewa.

      Delete
    3. percaya atau tidak itu juga bergantung kepada rakyat sendiri.

      Delete
  6. yakin ke PR bleh bawa pembaharuan?

    ReplyDelete
  7. pembangkang2 ni memang suka siok sendiri kan? dengan wujudnya 3 atau 4 penjuru nanti, adakah mereka mampu tumbangkan BN? Tentulah tidak sama sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN indeed strong in Sabah. This also make Sabah a deposit to BN.

      Delete
  8. The number of visitor doesn't mean anything actually, let wait the official election.

    ReplyDelete
  9. Persaingan politik semakin mencabarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN akan dicabar giat oleh pembangkang yang semakin matang dan kukuh.

      Delete
  10. BN dicabar selepas kehilangan 3 hero yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  11. "Pemeriksaan polis tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk mendengar amanat daripada pemimpin tertinggi parti tersebut."

    pemeriksaan polis itu bukan bertujuan untuk mematahkan semangat, sebaliknya untuk menjaga keamanan.. mana la tau Pakatan buat provokasi melampau di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. "Turut mencuri tumpuan, beberapa penyokong dari Kelantan yang sanggup terbang ke Sabah semata-mata untuk menyokong program ini berpakaian baju warna merah dan terdapat tulisan, tuntutan royalti minyak serta dua orang penyokong tegar Pakatan Rakyat yang memakai baju hitam yang ada bertulis turunkan harga kereta. "

    Pakatan membawa penyokong2 dari Kelantan yang berpengalaman dalam menjayakan demonstrasi jalanan dan melakukan provokasi.. lihat saja mereka datang dengan Pakaian khas dan sepanduk yang sinonim dengan demonstrasi jalanan..

    ReplyDelete
  13. " Namun sesuatu yang tidak diduga telah berlaku kerana belum pun sampai dua minit Datuk Seri Wilfred Bumburing berucap, satu ribut kencang bertiup dan diikuti oleh hujan renyai-renyai menyebabkan layar projektor tercabut dan khemah pentas hampir terbang.

    Di Saat itu juga adalah waktu ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini satu rahmat baru atau malapetaka bagi Sabah?"

    itu tandanya, Pakatan sabah akan tumbang.. biasanya kata orang tua2, bila ribut melanda ketika orang itu melakukan sesuatu, bermakna orang itu akan mengalami nasib malang..

    ReplyDelete
  14. "Adakah ini adalah aura yang dibawa oleh Anwar ke Sabah yang bakal merubah nasib rakyat Sabah yang inginkan perubahan dan memerlukan pembelaan agar sama taranya dengan penduduk di Semenanjung Malaysia? "

    eleh.. pandai2 pula cover.. suruh saja Anwar get ready untuk bersara dari politik selama2nya selepas PRU nanti..

    ReplyDelete
  15. bagaimana pula dengan tindakan blogger pakatan rakyat yang menghina budaya kau di sabah?? adakah itu buktinya Pakatan mengambil berat dengan hal2 Sabah??

    ReplyDelete