BAHAYA Pakai Coli Dan Seluar
Dalam Ketika Tidur. Rata-rata wanita dan lelaki di Malaysia langsung tidak
mengambil berat tentang hal ini. Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra
saat tidur.
Penyelidik Sydney
Singer menasihatkan wanita yang ingin
menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan
sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Sebaiknya, ketika tidur yang
biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya
untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat
untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur
dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam Chetday.
Menurut Sydney Singer,
menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan
wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi
merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat
mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
Selain itu, terlalu kerap
menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan
kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Bagi lelaki, mengikut
Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai
seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis
(buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat
reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi
oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki
menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di
sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi
sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
No comments:
Post a Comment