BATU PAHAT: Bagi memastikan
bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa
menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama
lelaki hidung belang sebagai tukaran.
Lebih menjijikkan, kegiatan
itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya
tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ
sambil merokok.
Kegiatan itu yang berlarutan
sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana
itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara
itu atau terpaksa melakukannya.
Bagaimanapun, kegiatan keji
itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.
(Harian Metro)
No comments:
Post a Comment