Oleh : ISMAILY BUNGSU
ADA yang mengatakan yang
Lajim Agen UMNO dan selalu berhubung dengan PM dan kemudian saya diminta
memberikan pandangan dan memang soalan begitu sukar dijawab kerana dalam dunia
ini tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati manusia lain.
Ya, memang nama saya disebut
untuk memberikan pencerahan dan itu sewajarnya. Yang ditulis sekadar andaian
politik dan semua bisa buat andaian dan jauh ke dalam hati sesiapapun, hanya
Tuhan sahaja yang tahu, malah kekadang diri kita sendiri tidak tahu masa depan
kita.
Nah, kerana itu mari kita
bermain teka-teki dan melalui teka-teki ini kita guna minda/akal dan otak kita
kerana kita ini dicipta sebagai manusia tentunya akal itu lebih kita gunakan
setelah otak berfikir.
Kita lihat dulu sejarah luka
bermula lajim meninggalkan PBS dan yang paling berjasa tentunya Lajim dan Rubin
yang menyebabkan PBS tumbang dan UMNO menjadi pemerintah.
Jadi, siapa yang untung besar? Pernahkah lajim
duduki kerusi Ketua Menteri? Itu tidak mengapa, tetapi Ketua Menteri Sabah
jenis pendendam, sesiapa saja berhasrat mahu jadi Ketua Menteri, maka manusia
itu akan dia tekan dan ini berlaku kepada Lajim dan Datuk Rahim Ismail sendiri.
Apa kamu tidak baca dan kaji keadaan ini?
Kedua Anifah memang memusuh
Lajim di kala pemilihan Ketua Bahagian Beaufort yang menyebabkan Anifah terlontar ke Kimanis dan dendam itu
masih ada. Jelas di sini Lajim memang didendam oleh kerabat dari Bingkol ini dan kesan Lajim mahu
jadi KM, lalu Musa tendang ke parlimen dan jadi Timbalan Menteri di Persekutuan
dan di situ sebagai Timbalan Menteri memang kurang kuasa kerana kuasa di tangan
menteri sendiri.
Istilahnya Lajim hanya
buangan dan jadi mainan sepak bola Musa Aman. Lajim memang mahu Musa disingkir
kesan tuduhan rasuah yang berlebih-lebihan, tetapi itu tidak mungkin kerana
Musa bijak bermain layang-layang di Malaya dan hakikatnya Musa memusuhi Lajim terus menerus.
Dalam Kabinet Persekutuan tentu
sahaja Lajim bersahabat dengan Shafie Afdal dan dia sorong Shafiee Afdal agar
jadi KM dan singkir Musa. Maka kesannya berkelahianlah mereka secara diam-diam
kerana ada api dendam di dalam hati masing-masing.
Shafie Apdal tidak mungkin
pula jadi KM lantaran ada kes dengan artis dan Shafie bukan ADUN kecuali
digunakan kuasa DUN melantik dia sebagai 'Adun Dilantik.'
Nah, keadaan ini antara
sebab Lajim goyah dan meninggalkan UMNO/BN dan paling penting Lajim sendiri
mengatakan yang UMNO/BN di Malaya tumbang.
Tambahan pula beliau begitu yakin
dengan laporan sebelum Bersih 3.0, bahawa Pakatan Rakyat mampu memenangi 107
kerusi parlimen dan hanya memerlukan 5 kerusi lagi.
Tetapi setelah Bersih 3.0, Imej
Pakatan Rakyat melonjak secara mendadak; maka apa lagi bila Mantan Menteri
Kewangan, Tun Daim Zainuddin BN hanya mampu selamatkan 3 buah negeri PR mampu
mendapat lebih 112 kerusi dan Anwar Ibrahim sah menggantikan Najib sebagai
Perdana Menteri.
Lajim bijak membaca dan dia
lihat pilihanraya umum Sarawak yang lalu, hanya 55% mengundi BN dan kesan
beberapa DUN dipecat di Sarawak. Maka itu cukup memburukkan keadaan dan di sana
PAKATAN boleh mendapat 15 kerusi parlimen berbanding 31 kerusi yang ada di
sana.
Lalu, kita lihat di Sabah
dan pada awalnya memang payah tetapi kesan penyatuan DAP dan PKR, lalu disokong
sedikit oleh SAPP, maka kawasan bandar pasti akan dikuasai oleh PAKATAN dan
tidak kurang 10-15 kerusi parlimen akan terlepas daripada BN; namun belum
dikira penyatuan dengan STAR dan BN dilawan secara satu sama satu.
Nah, selebihnya Lajim
sebenarnya marah kepada PM kerana sewaktu lawatan ke Beaufort dulu beliau
memuji Azizah dan gengnya Musa untuk menjatuh Lajim. Jadi, berdasarkan keadaan
ini Lajim tiada peluang lagi di BN dan dia sedar lama kelamaan dia akan
disingkirkan sebab pemilihan calon pilihanraya berada di tangan MUSA dan PM.
Maka bertambah remuklah hati
Lajim apabila Musa bercadang mahu meletakkan anak buah dan mungkin anaknya
sendiri bertanding di Beaufort dan Sipitang.
Memang Lajim bijak membaca
yang BN di Malaya akan tersungkur dan keadaan di Sarawak dia sudah tahu dan
yang ada di Sabah sekadar melebihkan cukup majoriti di Parlimen.
Sebaik sahaja PAKATAN
berkuasa di peringat persekutuan, maka dia sudah ramal akan beramai-ramai orang
BN berhijrah ke Pakatan bukan kerana kena offer, tetapi kerana menyelamat diri
masing-masing di kala semuanya ada kes rasuah yang harus mereka hadapi nanti.
Apa yang saya katakan ini
kemungkinan-kemungkinan sahaja dan itu sudah dia baca dan sekali lagi saya
katakan ini juga teka-teki kala yang terjadi di masa depan hanya Allah sahaja
yang tahu. Nah, soal teka-teki ini saya tidak boleh jawab sebab ia bukan
menjawab soalan angka dan jawabannya subjektif kerana tidak seorangpun tahu,
kecuali Tuhan yang satu.
Salam. Kenapa babak menumbangkan sesuatu perikatan maka DSP Lajim Ukin yang menjuarainya. Apakah DSP Lajim Ukin terlalu mulia dan berkarisma untuk mengisi tampuk kegemilangan sehingga kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan dipadam dengan mudah. Apa sumbangan DSP Lajim Ukin terhadap Islam di Beaufort. Apa sumbangan DSP Lajim Ukin terhadap Islam di Klias. Apa Sumbangan DSP Lajim Ukin terhadap Islam di Sabah. Semua itu sudah jelas sekali..TIDAK ADA!
ReplyDeleteMerujuk kepada perjuangan agama lain dalam melayari bahtera kedamaian bersama-sama Islam, adakah sumbangan DSP Lajim Ukin boleh dijadikan pengukur kepada kesejahteraan antara agama di Sabah. Apa yang saya nampak Tan Sri Bernard Dompok dengan Datu Dr Maximus Ongkili yang memperjuangkannya dan tidak nampak kelebihan DSP Lajim Ukin dalam menjuarai bangsa yang bukan beragama Islam di Sabah.
Jika musuh utama DSP Lajim Ukin adalah keluarga CM dari Bingkul, tetapi harus diingat, DSP Lajim Ukin Berbesan dengan salah seorang adik Katua Menteri (Mungkin sudah bercerai). Tetapi, adakah kebencian itu terus mekar apabila ijab-kabul menunjukkan mereka ada ikatan kekeluargaan suatu masa lalu dan majilis yang gilang gemilang diraikan.
Jika ramalan DSP Lajim Ukin tepat, maka kita membelakangkan kata-kata Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam bahawa pengetahuan tentang hari esok hanya pada Allah Subhanahu wataala semata-mata. Cukuplah amalan jahiliah yang diamalkan para pendokong taghut yang diamalkan politikus Klias yang tidak matang walaupun telah terbukti bangsa Bisaya hanya maju dengan mengamalkan Islam. Tetapi bangsa Bisaya dan warga Klias akan terpingginr jika nafsu amarah yang diutamakan sehingga melupakan persaudaraan didalam Islam yang suci dan murni. Sekian, wallahualam bissawab.
Lajim harus dipersalahkan. Tidak perlu lagi menyokong pemimpin yang pernah mengkhianati parti lain.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
If Lajim Ukin can betray PBS, if he can betray BN, he will betray Pakatan Rakyat, and the proof is clear when Lajim planned to set up his own political party instead of contesting under Pakatan's ticket.
DeleteSiapa tidak kenal dengan Lajim seorang yang pengkhianat. Tidak mustahil juga dia akan mengkhianati PKR nanti.
ReplyDeletehnya kerana tidak akan diberi jawatan, terus nak membelot, kuasa ke yang di kejar?
DeleteDatuk Anwar Ibrahim certainly reward Lajim's defection well by giving him the power to appoint candidates in Pakatan Rakyat for the 13th General Elections.
DeleteBuang Saja Lajim ini dari politik BN. Orang seperti ini yang sangat merbahaya.
ReplyDeleteGood thing that Lajim is out of BN, even Dr Marcus Mojigoh said his defection has made BN more solid than ever.
Deletesekarang ni apa pula status Lajim dari UMNO?sudah tulis surat tunjuk sebab??
ReplyDeletesejauhmanakah kebenaran tajuk ini?
ReplyDeleteya, hanya Tuhan sahaja yang tahu isihati manusia...
ReplyDeletetidak ada guna berdendam, semua ini hanyalah mainan politik...
ReplyDeleteyang penting, keikhlasan
ReplyDelete..dan rakyat akan menyokong perjuangan pemimpin tersebut bersama
ReplyDeletebejuang untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.
ReplyDeleteRamai diantaranya mementingkan diri.
DeleteUtter rubbish, there is no way that Lajim is an agent for UMNO.
ReplyDeleteLajim Ukin left BN party because he knew he will be dropped in the next Elections. Pakatan Rakyat has been offering plenty of promises, promises to have the CM seat, promises of power, who wouldn't be tempted?
ReplyDeleteHe just want to be a president to his own party.
DeleteGimim macm ni pun ada, bagaimana si Lajim boleh jadi agen Umno..tidak logik
ReplyDeleteLajim ni agen umno atau agen Anwar? jangan pula tuduhan timbul bila Lajim tidak sehaluan dengan Anwar.
ReplyDeleteentah macam mana Lajim yang sudah menikam umno dari belakang boleh menjadi agen umno?
ReplyDeletejangankan jadi agen, mau masuk balik umno pun blum tentu si Lajim kena terima.. biar ja si Lajim dengan labu2nya..
ReplyDeleteRasa-rasa Lajim sudah tiada kaitan lagi dengan UMNO.
DeleteLet see what lajim and the party can achieve in coming election.
ReplyDeleteJika Lajim ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat, boleh juga memberi sokongan.
ReplyDeleteLajim sudah keluar dari UMNO dan menjadi agen UMNO, apakah tujuannya?
ReplyDeleteNot sure whether Lajim will still gain support from the people in Sabah?
ReplyDeleteThe politic in Sabah is getting complicated with the existing of more new party.
ReplyDelete