KOTA KINABALU : Parti
Bersatu Sabah (PBS) Rabu membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah
blog yang didakwa sebagai menghina budaya masyarakat Kadazandusun dan Murut.
Laporan itu dibuat oleh
Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin di Balai Polis Penampang, dekat sini.
PBS mahu polis menyiasat
artikel bertarikh 11 Sept dan penulis blog itu dan mengambil tindakan wajar
kerana artikel itu didakwa telah menghina dan menyinggung perasaan masyarakat
Kadazandusun dan Murut di Sabah.
Sementara itu, Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang meneliti laporan PBS itu dan
jika perlu akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.
"Jika didapati terdapat
kesalahan di bawah Akta Hasutan ataupun mana-mana kes jenayah, polis akan
bertindak.
"Namun jika tidak
terkandung atau tergolong kepada sebarang akta, polis akan menyerahkannya
kepada SKMM untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada
pemberita ketika ditemui pada majlis Hari Raya Polis Kontinjen Sabah di sini,
hari ini.
Hamza berkata polis dan SKMM
sentiasa memantau isi kandungan semua laman sosial dan blog yang boleh
menjejaskan dan memecah-belahkan keamanan negara. (Bernama)
No comments:
Post a Comment