Oleh : FAIZA ZAINUDIN
KUALA LUMPUR: Barisan
Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13).
Bagaimanapun, hanya 727
calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505
DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
Jumlah keseluruhan DUN ialah
576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah
mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah
diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang
memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.
Terpulang kepada PM Beliau
berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut
pertimbangan dan kriteria tertentu.
Dari segi calon, UMNO dan BN
meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah
dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan
UMNO dan presiden komponen BN.
Nama calon yang berjaya
tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan,
kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada
Perdana Menteri. Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya, katanya
kepada BH semalam.
Ahmad Zahid yang juga
Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang
tidak mempunyai nama.
Mahu
calon bersih
Nama tidak akan
dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan. Pelantikan dibuat berdasarkan
beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak.
Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.
Mengenai pembahagian kerusi
antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan
dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.
Beliau turut yakin sumbangan
parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali
ini.
Komponen parti menyumbang
mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera
parti pada peringkat akar umbi, katanya.
Mengenai perletakan calon tu terserah pada pucuk pimpinan BN.
ReplyDeleteHarap calon yang bakal bertanding tidak pentingkan diri sendiri dan mengutamakan rakyat.
DeleteThey are still screening of the candidates.
DeleteSebagai ahli BN kita harus menyokong keputusan pucuk pimpinan dan memberi sokongan pada calon2 PRU13
ReplyDeletekerjsama penting dalam memastikan parti terus kukuh.
Deleteunsur sabotaj perlu dielakkan.
DeleteNew faces are highly recommended.
DeleteDatuk Najib perlu bijak menilai calon-calon yang patut bertanding pada PRu13 akan datang.
ReplyDeletemuungkin Najib perlu meminta pandangan yang lebih daripada rakyat sendiri.
DeleteHe will be smart enough to determine the best candidates in the next GE.
DeleteJika tersilap meletakkan calon maka ini akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN. Jadi buat kajian dengan lebih terperinci mengenai calon yang dipilih.
ReplyDeleteSetiap calon hendaklah mempunyai latar belakang yang baik dan tidak mempunyai latar belakang yang buruk. Kerana ini juga akan menjejaskan sokongan.
ReplyDeleteBagaimana yang dimaksudkan 'bersih dan kelihatan bersih' tu?tidak pernah ada apa2 kes seperti rasuah?
ReplyDeletebiar kepimpinan parti tentukan siapa akan dicalonkan.
ReplyDeleteapa2 keputusan kena diterima dgn hati terbuka.
ReplyDeleteNampaknya BN sudah mula siap sedia untuk hadapi PRU 13 ini.
ReplyDeleteBN sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
DeletePersonally, all I want is someone who is capable of handling issues that are affecting the country.
ReplyDeleteWe will see who will turn up.
ReplyDeletepasal isu calon la beberapa pemimpin BN Sabah keluar meninggalkan parti..
ReplyDelete