Saudara Pengarang,
TIDAK dinafikan bahawa Jambatan
Labuan akan membawa manfaat yang besar kepada semua lapisan masyarakat di tanah
besar Sabah dan Labuan. Apa yang dipersoalkan ialah adakah perlu Labuan
menggadaikan tanah seluas 3,500 ekar yang akan diwujudkan kelak kepada pelabur
semata-mata untuk menampung pembiayaan kos jambatan Labuan-Menumbok sebagai
pertukaran?
Labuan yang hanya mempunyai
keluasan 98 km2 selayaknya menyambut baik cadangan untuk mewujudkan tanah baru seluas 3,500 ekar
tersebut tetapi harus diingat kerajaan tidak sepatutnya memperjudikan nasib
pulau Labuan dan rakyatnya yang terpaksa berhadapan dengan risiko yang agak
tinggi.
Ini kerana tanah baru
tersebut akan diserahkan kepada pelabur yang sanggup membina jambatan tesebut
dengan percuma dan secara logiknya mempunyai kuasa mutlak untuk mengusahakan
tanah baru tersebut yang semestinya hanya berdasarkan 'commercial value' demi
mengaut keuntungan semata-mata.
Di atas persepsi ini, apakah
ada kemungkinan pembangunan yang akan dibuat di tanah baru oleh pelabur itu
kelak akan turut mempertimbangkan kebajikan rakyat bawahan di pulau ini?
Bayangkan tanah seluas 3,500
ekar yang dicadangkan untuk diwujudkan bagi pulau yang hanya mempunyai keluasan
98 km2 akan diserahkan kepada pelabur begitu sahaja. Cadangan seperti ini hanya
membuktikan UMNO begitu terdesak?
Cadangan mewujudkan tanah
baru seluas 3,500 ekar tersebut sepatutnya digunakan untuk projek yang dapat
membantu meringankan beban rakyat Labuan yang kian meruncing akibat kos sara
hidup yang kian meningkat berbanding pendapatan majoriti rakyat Labuan yang
menyedihkan.
Sebagai satu contoh,
penggunaan sebahagian dari tanah baru tersebut untuk pembinaan perumahan rakyat
mampu milik jelas merupakan satu projek yang akan membantu meringankan beban
rakyat.
Tidak salah jika kita cuba
mengikut jejak langkah Singapura jika keluasan daratan pulau itu dibesarkan
dari 581.5 km2 (224.5 batu²) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 batu²) pada
masa kini.
Namun kita harus ingat
bahawa kerajaan Singapura tidak pernah menggadaikan walau seinci pun tanah baru
yang mereka wujudkan kepada mana mana pihak sebagai pertukaran untuk menampung
kos pembangunan Pulau tersebut.
Apakah Labuan terlalu daif
sehingga terpaksa mewujudkan tanah baru semata-mata untuk digadaikan kepada
pelabur untuk membina sebuah jambatan demi kesejahteraan rakyat merangkumi
Tanah Besar sabah dan Labuan?
Apakah sumbangan pulau
Labuan yang mencecah RM1 billion setahun hasil minyak dan gas Labuan yang
diusahakan oleh Petronas, Shell, Murphy Oil dan sebagainya tidak harus diambil
kira?
Kerajaan selayaknya menjadi 'Payung
Rakyat' bukan menjadi 'Along Negara' yang menghambat rakyat. Kerajaan
sepatutnya menggunakan kekayaan sumber alam anugerah Allah kepada pulau ini
untuk rakyat dan bangunkan Labuan melalui pembangunan yang memulangkan manafaat
kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni.
Sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan
wang negara bernilai tinggi untuk 'bailout' dan menjaga kepentingan syarikat
GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap.
Selama ini, di bawah
pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang
projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak.
Realitinya, sejumlah RM 28
bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat
ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang
dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009.
Jika ketirisan wang negara
[peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90
bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat apatah lagi kalau hanya
sekadar pembinaan sebuah jambatan.
Kalau keadaan seperti ini
masih belum mampu untuk membuka mata rakyat Sabah dan Labuan, saya percaya
Labuan dan Sabah akan terus diperbodohkan, dulu, kini dan selamanya.
Saya amat yakin PR mampu
menunaikan janji untuk membina jambatan ini tanpa perlu melakukan tindakan
terdesak seperti ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di majlis
ceramah PR Labuan 15 September yang lepas di hadapan ribuan hadirin menegaskan
akan menunaikan janji tersebut jika PR menang dalam PRU akan datang.
Anwar sendiri akan mempastikan
kos pembinaannya tidak akan membabitkan walau sesen pun komisyen kepada mana-mana
pihak seperti lazimnya dilakukan oleh kerajaan pada hari ini untuk mendapatkan
kos minimum. Apakah pandangan anda?
Salam Hormat,
PKR LABUAN
Pembangkang cuba untuk memutar belitkan cerita mengenai tanah 3,500 ekar ini dengan jambatan cadangan mereka itu.
ReplyDeletePembangkang akan sentiasa cuba memutar belitkan cerita agar pemikiran rakyat pun terpusing.
DeleteJanji untuk buat jambatan ke Labuan tapi masalah air di Selangor masih belum pula selesai sampai hari ni.
Deleteada saja benda pembangkang nak manipulasikan.
DeleteRakyat sendiri yang akan menilai mengenai perkara ini. Maka kita harap rakyat akan menilai sebaiknya tanpa dipengaruhi oleh hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.
ReplyDeleteAnwar akan sentiasa sengaja memarakan api kebencian rakyat kepada kerajaan
ReplyDeleteApa2 isu yang masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan, itulah yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai bahan politik mereka.
ReplyDeletepembinaan jambatan labuan menumbok perlu dibina.
ReplyDeleteRakyat mahukan pembangunan tapi dalam masa yang sama hak serta kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
ReplyDeletesiapa tidak kenal dengan Anwar? kalau dia buat janji, mana pernah dia kaji dulu.. dia ungkap dulu, dapat dilaksanakan atau tidak belakang kira.. yang penting dia dapat jawatan PM..
ReplyDeletelihat saja apa sudah jadi dengan janji air percuma di selangor?? inilah kesannya bila buat janji secara membuta tuli..
ReplyDelete