SEORANG pelajar sebuah
universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita
universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam
8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji
pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik
air di aras sama.
"Pelajar berkenaan
kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar
dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan
memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mangsa turut cedera di pipi
akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke
dalam bajunya.
Raja Shahrom berkata lelaki
terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit
meminta pertolongan.
Mangsa mendapatkan rawatan
di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis
Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan
pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di
universiti berkenaan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment