Tuesday, 11 September 2012

PEMBANGKANG HANYA BERMIMPI DI SIANG HARI




Oleh: AZLINA ROSDY

BATU SAPI : Kata-kata dan keyakinan pakatan pembangkang kononnya akan ramai lagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menurut jejak langkah Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan parti sebenarnya adalah satu perkara yang boleh ditafsirkan sebagai ‘syok sendiri’, ujar Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Mejar Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh UMNO-Online berkenaan keyakinan pakatan pembangkang yang kononnya mampu ‘membeli’ lebih ramai pemimpin UMNO dan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Samsudin, apa yang cuba dilakukan pakatan pembangkang ini hanyalah satu propaganda menjelang PRU bagi mengelirukan rakyat kononnya UMNO dan BN semakin goyah di Sabah.

“Ini semua hanyalah satu tipu muslihat pembangkang untuk meraih undi rakyat Sabah. Kenyataannya adalah rakyat Sabah masih terus setia menyokong UMNO dan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri datang berkunjung ke Sabah, sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah amat menggalakkan. Puluhan ribu akan turun semata-mata untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Ini jelas membuktikan bahawa kita masih memonopoli negeri ini kerana cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti amat menyakinkan rakyat Sabah,” ujarnya.

Tambah Samsudin, beliau tidak menafikan ada pengundi yang mengikut jejak langkah Lajim tetapi ianya amat terpencil dan sama sekali tidak memberi kesan kepada parti.

“Kita akan buktikan perkara ini pada PRU ke-13 nanti. Keputusan PRU akan datang akan membuktikan bahawa rakyat Sabah masih terus teguh bersama kita.

“Hanya keputusan PRU akan datang yang dapat membuktikan bahawa pakatan pembangkang hanya bersandiwara dan menipu kononnya mereka telah berjaya mempengaruhi rakyat Sabah. Mereka ini hanya bermimpi di siang hari untuk menawan Sabah. Cakap mereka adalah cakap tak serupa bikin,” jelas Samsudin.

Ketika ditanya mengenai persiapan Parlimen Batu Sapi sendiri untuk menghadapi PRU ke-13, beliau menjelaskan bahawa semua jentera telah bersiap sedia bagi berhadapan dengan pilihan raya. Pelbagai pendekatan telah dilakukan termasuklah turun padang dan menjawab segala isu yang ditimbulkan oleh pembangkang.

“Kita di Batu Sapi amat yakin mampu mengekalkan penguasaan BN di sini. Siapa pun yang menjadi calon akan kita sokong sebaik mungkin. Kami yakin, sudah pastilah calon yang diletakkan nanti adalah calon yang benar-benar layak dan boleh menang. Apa yang pasti, kita akan berusaha keras untuk membantu parti menang dalam PRU nanti,” ujarnya lagi. (MediaUMNO)

22 comments:

  1. itu sudah semestinya. Pembangkang cuma tahu berkata-kata kosong untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tidak perlulah percaya dengan apa yang pembangkang cuba katakan sebenarnya. Apa yang mereka katakan sama saja dengan apa yang pernah kerajaan katakan dahulu.

    ReplyDelete
  3. Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Maglin D'Cruz opined that Malaysia cannot get any better and will only get worse if the Opposition were to take over the federal administration.

    ReplyDelete
  4. Questioning and at the same time doubting the capasity of the opposition to bring positive change to the country, D'cruz affirmed that the Barisan Nasional has years of experience and has brought the country to such great heights.

    ReplyDelete
  5. He added that the Opposition only knows how to manipulate others, including the youth for their personel gain rather than the overall benefit of the nation as a whole.

    ReplyDelete
  6. He said if the Opposition were to come into power, Malaysia would crumble as none of the opposition leaders had experience, and most of them practised nepotism.

    ReplyDelete
  7. D'Cruz has a point on this matter. Just look at Anwar (opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim) and Kit Siang (DAP Ipoh Timor MP Lim Kit Siang) ... they are all waiting for their next in line to take over so they can continue to manipulate the people with their lies.

    ReplyDelete
  8. On the contrary, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was the son of a former prime minister and had plenty of experience in administering the country.

    ReplyDelete
  9. Najib came up through hard work and dedication and has over the years gathered so much of experience and knowledge. having said that, there is no one better than him to lead us.

    ReplyDelete
  10. memang pembangkang siok sendiri saja...tembirang saja besar..

    ReplyDelete
  11. kalau dibandingkan, pembangkang di sabah belum mantap dan kukuh seperti Bn sabah..

    ReplyDelete
  12. kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

    ReplyDelete
  13. Lajim gagal menarik Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO; malah Lajim juga gagal menarik Datuk Bung, Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar untuk menyertai Anwar.

    ReplyDelete
  14. nampaknya tidak ada yang akan sertai pembangkang lagi.

    ReplyDelete
  15. Tenom Umno Division chief Datuk Rubin Balang is confident that Barisan Nasional (BN) will repeat its success by winning all the state and parliamentary seats in the interior in the coming general election.

    His confidence is based on the support from the people who are now more in favour of BN which had brought big changes in the interior.

    ReplyDelete
  16. apa sahaja yang keluar dari mulut pembangkang tidak akan pernah tepat.. sikap mereka yang suka sangat mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding kerap meludah ke muka sendiri..

    ReplyDelete
  17. ketika PRU12, Anwar dengan yakinnya mengatakan bahawa 31 MP BN sabah akan keluar menyertai Pakatan.. tidak ada apa2pun yang berlaku selepas itu..

    ReplyDelete
  18. Persaingan BN dan pembangkang semakin giat.

    ReplyDelete
  19. Rakyat harus bijak menilai sendiri.

    ReplyDelete
  20. Berjayakah Lajim menubuhkan parti baru? berjayakan parti lajim menambat hati rakyat?

    ReplyDelete
  21. Pelantikan calon amat penting untuk menjamin kemenangan parti tersebut.

    ReplyDelete
  22. najib juga terasa Sabah semakin giat persaingan antara BN dan pembangkang, ini juga sebab najib kerap datang ke Sabah.

    ReplyDelete