Saturday, 22 September 2012

GERAKAN SABAH SOKONG MUSA





SANDAKAN : Parti Gerakan Sabah menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman terutama dalam mengetuai Barisan Nasional (BN) Sabah memenangi semua kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Datuk Leong Vui Cheung berkata Musa telah menempatkan Sabah di peta dunia dan kian membangun serta maju.

"Ternyata dengan kestabilan politik dan pentadbiran yang positif serta keadaan negeri yang aman, ramai pelabur asing datang melabur di Sabah, katanya ketika berucap pada persidangan pertama perwakilan Parti Gerakan Sabah di sini hari ini yang disempurnakan oleh Musa.

Katanya sejak lahirnya parti Gerakan di Sabah 16 tahun lepas, parti itu telah berganding bahu bersama parti komponen BN Sabah.

Beliau juga menjelaskan bahawa parti Gerakan Sabah seperti juga MCA, MIC dan Umno adalah parti nasional dengan pemimpinnya terdiri anak-anak Sabah dan tidak patut dilabel sebagai parti dari Semenanjung.

Menurutnya parti Gerakan Sabah semakin berkembang di Sabah dengan keahlian kira-kira 30,000.

Katanya parti itu mempunyai bahagian dan cawangan di kawasan parlimen Kota Kinabalu, Sandakan. Batu Sapi, Libaran, Tawau, Kalabakan, Lahad Datu, Semporna, Penampang, Putatan, Keningau, Tenom, Beaufort dan Papar.

Leong yakin calon BN akan memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang berteraskan sokongan padu dan berterusan yang ditunjuk oleh peminmpin BN.

"Kerjasama mantap sebagai satu pasukan dalam menghadapi musuh politik adalah prasyarat penting dalam memastikan prestasi cemerlang ketika pilihan raya umum ke-13 kelak dapat dikekalkan.

"Kejayaan perlu diulangi dalam memastikan BN terus menguasai semula kerusi tersebut dengan mantap terutama di Sabah," katanya. (BERNAMA)

18 comments:

  1. Rasanya bukan saja Gerakan yang menyokong Datuk Musa tapi akan semua penduduk Sabah, dan pemimpin BN yang lain terus menyokong Ketua Menteri Sabah ini.

    ReplyDelete
  2. Datuk Musa sememangnya patut disokong. Kerana kita dapat lihat sendiri akan usaha yang dilakukan oleh beliau kepada Sabah. Pelbagai program untuk Sabahan di buat bagi meningkatkan ekonomi pendapatan rakyat. Pembangunan Sabah antara pembangunan yang pesat di Negara Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. The auditor-general has praised the Sabah state government under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman for its excellent financial performance. The state government maintained its ‘certificate without reprimand’ for its financial statement for 12 years in a row from 2000 to 2011 and last year, it also achieved a good financial performance.

    ReplyDelete
  4. Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Sabah terus menjadi antara negeri berjaya mencatatkan rekod pengurusan kewangan yang cemerlang dan boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  5. Musa Aman mmg mendapat sokongan padu dari rakyat.

    ReplyDelete
  6. Sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, bajet pembangunan negeri dari tahun ke tahun terus bertambah, malah bajet tahun 2012 mencecah lebih RM4 bilion.

    ReplyDelete
  7. Ketua Audit Negara memperakui, bahawa pengurusan Kewangan Negeri Sabah antara yang terbaik dalam negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar, usaha ini harus dikekal dan diperbaiki lagi sehingga terbaik.

      Delete
  8. Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, kadar kemiskinan Sabah berada di atas 24 peratus, kadar itu berjaya diturunkan dan kini kadar kemiskinan hanya 15 peratus.

    ReplyDelete
  9. Kadar kemiskinan ini akan terus turun, apabila projek-projek membasmi kemiskinan seperti Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC dan Sabah Development Corridor siap dan berjalan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. Menurutnya parti Gerakan Sabah semakin berkembang di Sabah dengan keahlian kira-kira 30,000.

    Semoga perjuangan Gerakan bertujuan untuk rakyat semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Sabah have very good reserve fund.

    ReplyDelete
  12. Datuk Musa Aman terus memimpin negeri Sabah

    Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  13. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan. Dan yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun.

    ReplyDelete
  14. Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor.

    ReplyDelete
  15. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

    ReplyDelete