KOTA KINABALU : Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya terakhir Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan bertanding sebagai wakil rakyat.
Pairin, yang juga Timbalan
Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), memberi alasan
keputusan dibuat memandangkan tugas sebagai wakil rakyat memenatkan.
"Pada pilihan raya
seterusnya (PRU-14), saya tidak akan bertanding lagi. Jadi semua orang
seharusnya gembira dengan keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2012 peringkat negeri di sini,
hari ini.
Pairin, 72, yang merupakan
Anggota Parlimen kawasan Keningau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)
kawasan Tambunan, berkecimpung secara aktif dalam bidang politik sejak 1975.
Ketika ditanya pemberita
sama ada beliau akan mempertahan dua kerusi Parlimen dan DUN tersebut, beliau
menjawab secara berseloroh: "Begitulah tu!"
Dalam perkembangan lain,
Pairin melahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak atas penyerahan watikah pelantikan di Putrajaya semalam kepada
pengerusi dan anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi
menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Suruhanjaya tersebut
dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip
Kiong, setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim, dan dianggotai bekas
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas
Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan
Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.
"Ini jelas menunjukkan
Perdana Menteri kita sangat mengambil berat tentang masalah kita dan kita akan
mengikuti proses (siasatan) selama enam bulan akan datang ini," kata
Pairin. (Bernama)
PBS harus mencari calon bagi menggantikan pairin pada pru14 nanti..
ReplyDeleterakyat tertanya2 siapa yang layak untuk menggantikan tempat beliau jika benar beliau akan bersara.
Deleteapa2 pun, selamat maju jaya kepada pairin..
ReplyDeleteAll the best kepada Pairin dalam apapun yang dilakukannya.
DeleteSemoga perjuangan pairin masih positif.
DeletePerjuangan Pairin masih positif.
DeleteKalau ini kemahuan Pairin, then kita sokonglah kehendaknya.
ReplyDeleteTahniah kepada Datuk Pairin kerana telah berjaya membantu dan memperjuangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah.
ReplyDeletebyk jasa pairin kepada Sabah.
DeleteHarus juga bersyukur dengan hasil usaha Pairin demi kebajikan rakyat.
DeletePenganti sebaiknya harus yang benar-benar berjiwa rakyat seperti Datuk Pairin dan jika boleh lebih dari beliau. Ini bagi kepentingan penduduk Sabah itu sendiri.
ReplyDeleteSabah’s longest- serving assemblyman and Deputy Chief Minister, Joseph Pairin Kitingan, will not be defending his parliamentary and state seats in the coming 13th general election.
ReplyDeletePatah tumbuh hilang berganti. Pairin sentiasa dalam kenangan walaupun sudah bersara nanti.
ReplyDeletemoga ada pengganti yang lebih baik.
DeleteUsaha beliau membangunkan Sabah harus dihargai.
Deletejika itu keputusan Pairin, kita kena terimanya.
ReplyDeletePairin banyak jasa untuk rakyat, selepas lompat parti, dah lah tidak menyenangkan hati banyak golongan.
ReplyDeleteSerba sedikit Pairin akan memberi kesan kepada UMNO di PRU13 nanti.
ReplyDeleteCuma UMNO tidak mengakui kesan yang Pairin bawa untuk UMNO.
DeleteBelia muda harus diberi peluang juga.
ReplyDeletePairin harus mencari pengganti yang betul berkeupayaan juga.
ReplyDeleteSemoga Pairin masih bersama rakyat walaupun sudah bersara.
ReplyDeleteada mana2 pemimpin dalam pembangkang yang boleh mengikut jejak langkah pairin? terutamanya yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam politik..
ReplyDeleteinilah tindakan yang paling bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang mahu negeri ini terus maju dibawah pimpinan generasi2 baru yang berkaliber..
ReplyDeletesaya harap Anwar juga akan bersara dari politik sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau jika masih gagal merampas kerajaan selepas PRU13 ini..
ReplyDelete