Oleh: RIDZAL ABDULLAH
LAHAD DATU : Hujan lebat
tidak mematahkan semangat patriotisme
lebih 5,000 orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari
Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ Peringkat Daerah Lahad Datu pada Sabtu lalu.
Majlis sambutan tersebut
diadakan di Dataran Palma dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad
Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.
Nasrun yang juga Pembantu
Menteri kepada Ketua Menteri dalam ucapannya memuji semangat yang telah
ditunjukkan oleh rakyat kawasan ini.
“Semangat seperti ini adalah
bukti cinta dan sayang kita terhadap negara dan penghayatan pada erti
perjuangan bagi mencapai kemerdekaan dan seterusnya menghargai keamanan dan
keharmonian yang telah kita nikmati pada masa kini,” ujarnya yang merupakan
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN)
Silam.
Menurutnya, slogan ‘Janji
Ditepati’ amat bertepatan kerana kerajaan BN telah memberikan sebaik mungkin
dengan membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan tanpa sesekali menyisihkan
aspek kebajikan rakyat, hal ini berlaku disemua tempat di negara ini termasuk
di kawasan Lahad Datu.
“Sejak sekian lama…sama ada
kita sedar atau tidak kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh sumbangan dan
bantuan pihak kerajaan BN, dari bangku sekolah hingga ke peringkat universiti
dan ke alam pekerjaan, setiap hari ada sahaja bantuan kerajaan yang kita
gunakan tanpa kita sedari, seperti subsidi minyak kenderaan, biasiswa, makanan
dan banyak lagi,” katanya.
Beliau turut menambah, Lahad
Datu merupakan antara kawasan yang sangat pesat membangun dengan pelbagai
kemajuan dari segi infrastruktur dan kemudahan awam.
“Semua adalah atas keyakinan
pelabur dan pelabur datang kerana kestabilan ekonomi di bawah pimpinan kerajaan…kita
juga amat gembira kerana seperti yang kerajaan negeri telah janjikan.
"Kita akan menikmati
sebuah kompleks sukan yang akan dibina pada penghujung tahun ini dan dijangka
menelan kos RM12 Juta bagi fasa pertama dan kita berdoa agar lapangan terbang
yang baru juga akan dibina dalam masa terdekat,” jelas Ketua Umno Bahagian
Silam itu.
Katanya, sikap buruk
pembangkang yang hanya pandai mencipta provokasi dan huru-hara hanya akan
merugikan rakyat dan beliau menyeru agar rakyat menjauhi sikap buruk yang cuba
diserap masuk oleh pihak pembangkang yang kelihatan lebih kepada budaya barat
dengan menghina dan memaki hamun pemimpin.
“Itu bukan budaya kita…kita
orang timur, orang Asia yang sangat kaya dalam kesopanan dan kesusilaan seperti
mana dalam rukun negara yang kita pegang selama ini, oleh itu saya berharap
agar rakyat tidak menjejak langkah pembangkang yang sudah jauh terpesong dari
perjuangan sebenar bagi membela rakyat dan kini sebenarnya berjuang untuk
‘melaga rakyat’, memecahbelahkan perpaduan yang telah lama terjalin,” kata
beliau.
Majlis sambutan tersebut
turut dihadiri Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifi Nasir; Ketua Pegerakan Wanita
Umno Silam, Saleha Abd.Wahid; Ketua Pergerakan Puteri, Mizma Appehdullah; Ketua
Bahagian MIC Silam, Nagaraju Applasamy; Naib Ketua parti LDP, Chong Su Vun; Pemimpin
Kemajuan Rakyat, Aljen Johnny; Pegawai Pembangunan Masyarakat, Amat Paduka
Kawoh dan ramai lagi.
Orang ramai juga dihiburkan
dengan persembahan daripada artis tempatan seperti Khamis dan Rash selain
persembahan kebudayaan daripada suku kaum Idahan, Bajau, Suluk, Kokos dan juga
acara cabutan tiket bertuah serta pertunjukan bunga api pada akhir majlis.
No comments:
Post a Comment