KOTA KINABALU : Perintis
jalur lebar berkelajuan tinggi 4G terkemuka di Asia Tenggara, Packet One
Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) telah melancarkan perkhidmatan komersilnya di
Sabah.
Rancangan pengenalan secara
agresif PI berhasrat untuk meliputi sekurang-kurangnya 80 peratus daripada isi
rumah di Kota Kinabalu dalam tempoh enam bulan.
"Dengan kemasukan kami
ke Sabah, P1 telah melepasi satu lagi sejarah dalam mencapai matlamat kami
memberikan perkhidmatan jalur lebar untuk semua," kata Ketua Eksekutif
Michael Lai pada majlis pelancaran oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang di sini Khamis.
Terdahulu tahun ini,
syarikat mengumumkan yang ia akan melabur RM30 juta untuk memulakan
perkhidmatan itu di Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan pelancaran di Kota
Kinabalu pada bulan Ogos.
"Kami mahu Malaysia
cepat-cepat mencapai tahap penembusan jalur lebar yang dinikmati oleh
negara-negara maju dan kami mendahului saranan negara untuk penyertaan sektor
swasta untuk mencapai ini," katanya.
Sementara itu, Salang
berkata jalur lebar adalah keperluan dan talian hayat baharu untuk perkembangan
seperti yang telah terbukti oleh negara-negara seperti Korea Selatan dan Taiwan
yang kebanyakan pertumbuhan rancak mereka adalah disebabkan fokus yang jitu
kepada pembangunan ICT. (Bernama)
No comments:
Post a Comment